Home Petua Tips Mak slau sgt minta gambar dgn alasan rindu buat aku rasa pelik....

Mak slau sgt minta gambar dgn alasan rindu buat aku rasa pelik. Satu hari aku nekad buka fon mak. Trkejut aku dibuatnya bila tahu hal sebenar

2019
0

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Tak tahu nak mula macam mana.

Aku dibesarkan dengan keluarga yg kurang didikan agama.

Adik beradik aku 4 orang kesemuanya. 3 perempuan dan seorang adik lelaki. Aku anak ketiga.

Umur aku sekarang dah 33 tahun. Kehidupan masa kami kecil memang susah.

Tapi mak ayah tetap usaha cari rezeki buat kami sekeluarga.

Tapi masa aku kecil lagi mak ayah aku jenis tak pernah ambil tahu hal pelajaran mahupun hal agama.

Kami adik beradik usaha sendiri. Sehingga belajar solat pun kakak aku yang sulung yang ajar kami adik beradik.

Itu pun belajar dari panduan buku solat dan juga belajar dari sekolah. Kami adik beradik berdikari sendiri.

Bayangkan aku umur 5 tahun da pandai masak sendiri.

Balik sekolah tadika aku tumpang ayah kawan aku bonceng basikal berdua dibelakang dengan kawan aku.

Tak pun aku jalan kaki sendiri balik rumah. Ikutkan jauh juga sekolah tadika nak ke rumah aku.

Nasib la zaman dulu tak de sangat orang jahat yang tak berperikemanusian macam sekarang ni.

Zaman dulu kecil2 boleh berjalan merata kampung tanpa rasa risau orang nak buat perkara jahat kat diri.

Dari kecil mak ayah selalu brmasalah. Punca selalunya ayah suka berfoya foya dan mak pula suka berjantan.

Bila mak kantoi mula prbalahan besar depan kami anak anak.

Walaupun ayah suka bazirkan duit dengan perbuatan haram tapi tak pernah ayah kasi duit keuntungan dia untuk kami sekeluarga makan.

Mak sendiri bagitahu kami ayah akan asingkan duit hrm untuk beli pakaian atau bahan bahan pencuci.

Mak pula ketika tu kerja kilang. Banyak kali mak kantoi selingkuh dengan ayah.

Dan pernah sekali tu ayah lepaskan mak talak satu dan mereka rujuk kembali.

Sampai la kami adik beradik da besar. Alhamdulillah masing2 sudah berjaya ke menara gading dan sudah bekerja di sektor kerajaan.

Sampai kami da besar dan punya keluarga sendri pun perangai mak tak pernah berubah suka berjantan.

Ayah pula Alhamdulillah bila dah tua ayah dah berubah. Solat tak pernah tinggal dan mula belajar mengaji di surau.

Tapi mak tak. Puas ayah suruh mak solat. Mak akan mengamuk dan kerana suruh solat pun mereka boleh ada masalah besar.

Kami adik beradik masing2 punya keluarga dan tinggal di kuala lumpur.

Mak ayah di johor. Sampai suatu hari tu ayah call bagitahu yang mereka sudah berpisah.

Bayangkan hidup mereka bersama lebih 40 tahun tp akhirnya berpisah juga jalan penyelesaian.

Ayah menangis dan bagitahu aku yang dia gagal nak didik mak. Banyak kali mak kantoi selingkuh dengan ayah.

Dan ayah tak nak jadi suami menanggung dosa.

Mak dari dulu suka kalau kami adik beradik pakai pakaian yang menjolok mata. Kalau boleh tak nak kami pakai tudung supaya nampak urban dan tak kolot depan kawan2 dia.

Nasib baik kakak sulung aku sentiasa ingatkan kami adik beradik pasal agama dan menutup aurat.

Mak ketika tu bekerja di sebuah hotel. Aku ingat lagi masa aku belajar di universiti tempatan.

Mak kerap minta gambar aku. Katanya rindu nak tengok gambar aku.

Rupanya mak gunakan gambar aku untuk menyamar jadi aku.

Macam mana aku boleh tahu? Mak kantoi dengan aku bila masa tu aku balik rumah cuti sem.

Aku pinjam hp mak dan aku tengok ada seorang budak lelaki mesej mak aku bersayang2.

Aku bukak mesej tu tengok banyak sangat gambar aku yang mak send kat budak lelaki tu.

Bila aku tanya mak kenapa guna gambar aku send dekat jantan tah siapa. Sampai dunia pun mak takkan mengaku walaupun dah kantoi terang terangan.

Kalau baca mesej tu rasa macam nak maki mak sendiri.

Guna gambar anak sendiri tapi mesej bukan-bukan dengan jantan. Mak sendiri sebar gambar anak kat lelaki lain.

Bukan aku sorang je yang kena. Kakak2 aku pun sama terkena macam aku.

Sikit pun tak ada rasa bersalah dengan perbuatan dia jajar muka anak sendiri menyamar guna gambar anak mesej tak senonoh dengan jantan.

Adik lelaki aku je terselamat. Sepanjang aku jadi anak dia 33 tahun ni.

Tak pernah tengok mak solat walaupun sekali. Apatah lagi kalau solat cukup 5 waktu.

Sampai la sekarang ni walaupun umur mak da nak masuk 60 tahun. Mak tetap dengan perangai lama.

Mesej dengan jantan tah siapa. Lagi la zaman sekarang dengan fb, whatapps bagai. Dah tua umur 60 tahun still macam dulu lagi.

Baru hari tu kantoi guna gambar kakak aku.

Sudahnya kami adik beradik dah tak share or post gambar2 di sosial media.

Takut mak guna gambar kami adik beradik menyamar dengan jantan kenalan di alam maya.

Tak tau la siapa lagi sasaran mak agaknya. Lagi senang la sekarang ni dia ambil gambar perempuan di fb.

Mak akan cuak kalau kami adik beradik nak pegang hp dia.

Memang setiap kali tengok whatsapp masuk mesti ada je jantan2 dok mesej sayang2 la.

Mak menyamar jela sampai tua. Zaman sekarang ni lagi la edit2 gambar muka tua boleh jadi muda.

Doa jela yang mampu kami adik beradik buat. Segala nasihat teguran semua kami da buat.

Mak macam biasa tak akan mengaku. Kami adik beradik dah malas brbalah dengan mak.

Yang kami mampu hanya berdoa semoga Allah buka pintu hati mak untuk berubah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.. walaupun kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga yang macam ni. Allah berikan akal untuk kamiadik beradik berfikir mana baik buruk dalam kehidupan.

Bila mak nak berubah? Hanya Allah yang dapat beri hidayah buat mak. Kami adik beradik sentiasa berdoa moga Allah bukakan pintu hati mak untuk dekatkan diri dengan Nya.

Aku harap pembaca semua doakan mak aku berubah sebelum Allah tarik ny4.wa mak.

Sumber: KRT

Previous articlePng0rbanan Ayah, Hantar Anak Naik Motor Dengan Beg Buku Di Bakul Ke MRSM Undang Sebak Netizen
Next articleMak Mertua Kemain S0mbong Smpai Letak Hantaran 15k. Masa Mlm Pertama Suami Pelik Bila `Bersama` Dgn Isteri. Trkejut Esok Pagi Isteri Muntah2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here