Baru sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat sidang media khas berkaitan C0v-19.
KERAJAAN membenarkan pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengeluarkan RM500 sebulan bermula bulan April ini bagi meringankan beban rakyat berikutan w4bak C0v-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, menerusi kemudahan tersebut semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing untuk tempoh selama 12 bulan.
Menurutnya, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Inisiatif tersebut dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini.
“Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.
Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” kata Muhyiddin.
Moga inisiatif kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Tapi jangan pula korang ramai-ramai beratur dekat pejabat KWSP pula kang jadi kes lain pula.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Sumber : remaja.my