Home Petua Tips ‘Dua YB yang dihvkum itu pun orang Melayu dan Islam,’ Dua YB...

‘Dua YB yang dihvkum itu pun orang Melayu dan Islam,’ Dua YB did4kwa warganet blh berbangga – Kadir

268
0

Pengguna media sosial boleh berbangga kerana tindakan mereka menggunakan wadah itu secara produktif berjaya membawa dua ahli politik ke mahkamah untuk didkwa, kata bekas penasihat media perdana menteri, A Kadir Jasin.

Menurut bekas pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu, tindakan pengguna media sosial berkaja menegakkan keadilan walaupun langkah tersebut tidak sepantas langkah diambil ke atas rakyat biasa.

“Walaupun tidak sepantas ke atas rakyat jelata dan orang biasa tetapi akhirnya dua orang YB (yang berhormat) daripada golongan kayangan ini diadili dan dihukum juga.

“Rakyat jelata, khususnya warga siber yang menggunakan media sosial secara produktif untuk menegakkan keadilan, boleh berbangga dengan kejayaan mereka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Pagi tadi Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, dan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga exco negeri itu, Razman Zakaria, didenda RM1,000 setiap seorang kerana melanggar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada minggu lalu.

Noor Azmi merupakan ahli parlimen Bagan Serai, manakala Razman Adun Gunung Semanggol. Kedua-dua mereka didkwa di Mahkamah Majistret Gerik dan mengaku bers4lah.

Mereka kemudian membayar denda tersebut.

Menyatakan rasa gembira dengan tindakan polis, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah itu, Kadir juga berkata, tiada lagi alasan untuk pihak berkuasa tidak bertindak ke atas orang kenamaan yang melanggar undang-undang.

“Selepas ini tidak ada alasan lagi bagi polis, peguam negara (pendakwa raya) dan kehakiman untuk tidak bertindak terhadap VIP dan suka-sakat mereka yang sesuka hati melanggar undang-undang kerana berasa mereka istimewa dan kebal,” katanya.

Menurut beliau lagi, jika keadaan sama berlaku di negara bukan Islam, dua orang kenamaan berkenaan akan berdepan dua keadaan – sama ada mereka meletak jawatan, atau dipecat parti – kerana melanggar undang-undang negara.

Namun, katanya, amalan melepaskan jawatan sebagai tanda penyesalan kerana gagal mematuhi peraturan atau tidak menjalankan tugas seperti yang sepatutnya jarang berlaku di negara orang Islam.

“Kerajaan negara kita sekarang ini, iatu kerajaan PN (Perikatan Nasional), diuar-uarkan sebagai kerajaan Melayu-Islam.

“Dua YB yang dihvkum itu pun orang Melayu dan Islam,” katanya.

Sumber Malaysiakini

Previous articleWarga Myanmar disyaki Covid-19 tak mahu buka pintu, polis terpaksa pecahkan tingkap
Next articleAbu Syafiq Muatnaik Status Sudah Bank-In Duit Kpd R0hingya, Tapi Sempat Lagi Dia Petik ‘Geng Bawang’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here