Kini jadi trending UPSI di laman Twitter menyaksikan rata-rata pengguna media sosial ‘back-up’ tindakan yang telah dilakukan Ebit Lew.
Di mana, pendakwah bebas itu telah menyediakan beberapa buah bas sebagai perkhidmatan menghantar pulang pelajar yang terkandas di universiti.
Sebelum ini, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan tindakan Ebit Lew tidak mematuhi SOP dan tidak mendapatkan kebenaran pihak berwajib.
Ebit Lew hero Malaysia
Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan Ebit Lew adalah sesuatu yang sewajarnya sehingga layak diberi gelaran ‘Hero Malaysia’ atas bantuan dihulurkan.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi berkenaan turut ‘dipetik’ netizen yang dilihat tindakan mereka terhadap Ebit Lew itu tidak seharusnya berlaku.
Tambahan, mereka telah menyuruh pendakwah bebas itu sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka dengan bantuan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar untuk dibawa pulang ke Pantai Timur.
Terharu dengan tindakan Ustaz
Malah, ada juga segelintir pengguna media sosial kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan MPP institusi berkenaan terhadap Ebit Lew.
MPP institusi pengajian tinggi berkenaan turut disifatkan ‘angkuh dan bodoh’, itulah bayangan yang digambarkan oleh netizen terhadap MPP.
Sumber : ohbulan