Selepas waktu tengahari tadi, dapat wasap ini. Kebetulan aku tengah meeting, tak sempat nak reply.
Lepas Asar baru aku respon. Minta nombor tuan rumah untuk aku deal dulu. Dah dapat nombor, aku terus meeting hingga nak masuk waktu berbuka.
Hari ni berbuka bersama-sama staff aku di Bangi. Lepas solat Maghrib, telefon berdering. Dia kata tuan rumah dah hubungi minta mereka keluar juga malam ni. Mereka dulu masuk tanpa bayar deposit.
Tanpa berlengah, aku terus call tuan rumah. Slow talk dengan dia. MasyaAllah, sangat berbudi bahasa tuan rumah ini. Cakapnya lembut dan sopan, boleh diajak berbincang, panggil tuan memanjang kat aku.
Aku minta tangguh 3 hari sahaja. Bagi peluang dalam masa 3 hari ini untuk pegawai zakat ziarah dan buat siasatan. InsyaAllah ada rezeki mereka nanti.
Tuan rumah cakap kat aku,
” Tuan. Saya pun ada hati dan perasaan. Sebab tu saya benarkan mereka masuk walau tak mampu bayar deposit.
” Saya boleh tangguh setakat 3 hari. Tapi saya betul-betul memerlukan duit sekarang. Demi Allah dalam akaun saya berbaki RM7 sahaja lagi.
” Saya pun banyak tanggungan dan musim COVID-19 ni tuan faham-fahamlah. 3 bulan kebelakangan ni, kewangan saya sangat terkesan.”
Terdiam sejenak aku mendengar kata-kata tuan rumah.
Bukan semua tuan rumah kaya raya. Mereka ada tanggungan yang kita tak tahu. Mereka pun terkesan dengan wabak kali ini.
Ramai orang bila berlaku kes begini hanya menyalahkan tuan rumah semata-mata. Tuan rumah kejam. Tuan rumah tak ada hati perut. Tuan rumah tak boleh tolak ansur.
Dan bermacam kata makian pada pemilik rumah sewa bila tular kes penyewa dihalau keluar.
Kadangkala, banyak cerita sebenar kita tak tahu. Ada kes penyewa dihalau kerana menjalankan perniagaan dadah di rumah. Berpesta sakan hingga ganggu jiran-jiran.
Ada kes penyewa bawa masuk lelaki perempuan tak kira masa. Buat m.aksi4t sesuka hati. Jiran tegur mereka marah jiran pula. Tuan rumah tegur mereka maki tuan rumah pula.
Alatan rumah habis rosak. Vandalisme, berbuat bising, tidak menghormati tetangga dan tuan rumah serta banyak kes lagi.
Tapi bila dihalau keluar, hanya cerita sedih mereka jaja. Seolahnya tuan rumah yang jahat sedangkan sebaliknya yang berlaku.
Alhamdulillah. Dalam kes ini tuan rumah sangat bertolak ansur. Menangis dia bila aku kirim rm100 duit sewa awal tadi.
Niatnya tak nak kirim langsung memandangkan InsyaAllah esok atau lusa team zakat akan turun siasat dan bantu. Tapi bila mendengar dia pun sangat memerlukan duit, aku kirim sahaja sedikit.
Sungguh, dia terharu. Dia sangat terkesan sampai bertanya,
” Tuan. Baiknya tuan. Tuan ni siapa? Saudara mara penyewa ke? Kawan baik dia ke?”
” Tidak tuan. Saya tak kenal penyewa dan tak pernah jumpa pun. Namun mereka sekarang terdesak, saya cuba bantu semampu saya. Dan tuan juga terdesak, ada hak tuan yang mereka tak tunaikan. Saya tunaikan sebahagian kecil sahaja”.
Bertalu-talu terima kasih dari tuan rumah. Allahu, gitu je bila Tuhan nak selesaikan masalah.
Banyak pihak dapat manfaat dan dibantu. InsyaAllah pegawai Lembaga Zakat Selangor akan turun padang dan siasat esok. Aku dah hubungi pegawai yang terlibat.
Sebab tu tuan puan, kami amat mengharapkan dapat sediakan bilik transit di Wisma Dana Kita yang sedang dalam proses akhir pembelian.
Sebenarnya, kami dah pun mula renovate tingkat atas untuk dijadikan bilik transit untuk kes-kes dihalau rumah sewa seperti ini.
At least, mereka ada tempat tinggal sementara mencari tempah baharu. Sokonglah usaha kami ya. Bulan Ramadan ini, MasyaAllah pahala berganda-ganda jika bersedekah.
Gambar bilik transit saya letak kat ruangan komen agar kalian dapat lihat usaha kami selama ini dan ke mana sumbangan kalian kami salurkan.
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Sumber: fb cikgu Mohd Fadli Salleh,