Home Petua Tips “Buat Muka NakaI Ke Tu?” -Gambar Terbaru Anak Zahira,Aiman Buat Ramai ‘Geram’

“Buat Muka NakaI Ke Tu?” -Gambar Terbaru Anak Zahira,Aiman Buat Ramai ‘Geram’

91
0

Hasrat peminat untuk menatap wajah anak pasangan selebriti popular, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson tercapai apabila mereka buat pertama kalinya berkongsi wajah bayi lelaki yang dinamakan Isaac Raees yang berusia dua bulan di Instagram masing-masing hari ini.

Bersama gambar itu, mereka menitipkan kata-kata yang mendoakan kesejahteraan cahaya mata sulung itu. “Genap dua bulan usia anakku, Isaac Raees, daddy dan mummy akan sentiasa menyayangimu. Kami harap Isaac akan menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang, jangan besar cepat sangat okey,” kata Aiman.

Sementara itu, Zahirah pula menitipkan kata-kata ucapan supaya Isaac akan membesar menjadi insan yang sihat, kuat dan baik hati.

Dalam masa sama, pasangan terbabit yang kini menetap di Perth, Australia turut membuka akaun Instagram Isaac Raees iaitu @isaacraees yang sudah diikuti 6,000 pengikut setakat ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu. Zahirah selamat melahirkan Isaac di Perth pada 5 Januari lalu.

Umum sedia tahu bahawa pasangan selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza telah menimang cahaya mata pertama mereka pada Januari lalu.

Mereka juga sudah pulang ke Malaysia dan memulakan kembali kerjaya seni selepas lama berehat di Australia bagi menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Gambar terbaru Isaac

Sedar tak sedar, anak pertama mereka yang diberi nama Isaac Raees sudah pun berusia 4 bulan lebih dan semakin banyak keletahnya.

Dalam satu perkongsian Aiman di Instagram, dia telah memuat naik gambar terbaru Isaac Raess yang tersenyum comel di dalam stroller.

Mesti dah ramai admirer ni

Apa yang menarik perhatian adalah lesung pipitnya yang begitu ‘dalam’ sehingga menyerlahkan lagi wajah comel bayi berusia 4 bulan ini.

Rata-rata daripada mereka ‘geram’ melihat senyuman comel Issac Raees yang semakin banyak keletah

Sempat dia buat muka nakal, Muka macam model ea, Pipi lekuk tu geram

Untuk makluman, Zahirah dan Aiman Hakim telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2020. Mereka telah menimang cahaya mata pertama di Australia memandangkan pelakon itu mahu dekat dengan ibunya yang menetap disana.

Pasangan ini pulang ke Tanah Air bagi meneruskan kerjaya dan aktiviti seni masing-masing selepas hampir tiga bulan anak tersayang dilahirkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/

Previous article“Suara Tak Sedap Takpa, Janji Trending #1”-Lagu Raya Aliff Syukri Trending Nombor 1 Di YouTube
Next article6 Ahli Keluarga Positif C0vid-19, Nadia Brian Terlalu Bimbang Hingga Menitiskan Air Mata

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here