Home Petua Tips Budak darjah 2 bercinta? Kelas tak masuk tapi rancak di grup WhatsApp...

Budak darjah 2 bercinta? Kelas tak masuk tapi rancak di grup WhatsApp Single & Taken, wanita ini ser4m tengok chat murid sekolah rendah

99
0

KELAS tak masuk, tapi rancak berbual dengan ‘pasangan’.

Begitulah situasi yang digambarkan seorang wanita yang memeriksa sendiri telefon bimbit seorang pelajar darjah dua.

Berkongsi di laman media sosialnya perbualan di antara dua pelajar yang kelihatan seperti ayat-ayat pasangan bercinta, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Suziana Basa berkata, dia berharap pended4han itu akan membuka mata ibu bapa di luar sana untuk memeriksa telefon bimbit anak-anak mereka.

“Kejadian hari ini terus membuka mata untuk check handphone anak sendiri, seram pula tengok budak darjah dua sekarang.

“Ni antara budak yang sunyi masa PdPR (Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) tapi rancak pula di group WhatsApp Single & Taken,” tulisnya.

Hantaran Suziana di laman Facebooknya.

Tegas Suziana, hantaran tersebut bukanlah bertujuan untuk memalukan kanak-kanak terbabit, sebaliknya dia mengakui bahawa hatinya hancur dan sedih mengenangkan nasib anak-anak zaman sekarang.

“Saya tidak salahkan sesiapa melainkan kita sendiri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini.

“Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak adalah bagi memudahkan proses PdPR tapi kita lupa atau lalai untuk memantau, kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone, apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Putus asa? Ya, kebanyakannya,” katanya.

Antara perbualan murid darjah dua terbabit.

Jelasnya, ibu bapa seringkali mengambil jalan mudah dengan memberikan gajet kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka mengganggu atau menyepahkan rumah, namun tanpa disedari ia menyebabkan anak-anak kurang meluangkan masa dengan ibu bapa mereka.

“Sejujurnya, memberi anak menggunakan gajet memang akan memudahkan kerja, anak tak ganggu kita, rumah tidak bersepah, tak penat membebel dan kerja jaga anak lebih senang,

“Saya sendiri setuju, (tapi) di sini bermula segalanya, kita kurang masa dengan anak-anak dan kurang membeli jiwa anak-anak,” katanya.

Jelasnya, dia bersyukur perbuatan murid-murid terbabit terbongkar lebih awal.

“Mungkin Tuhan ingin anak ini dibantu di peringkat awal bukannya semasa dah masuk tingkatan dua (baru terbongkar).

“Mungkin tidak ada orang yang memberitahu dia perbuatan itu sebenarnya salah, syukurlah cikgu tahu lebih awal.

“Mungkin tidak dapat bantu banyak tapi siapa tahu masih ada kesempatan untuk anak ini berubah, setiap orang berhak mendapat peluang kedua, ketiga atau keempat sekalipun, bergantung kepada situasi,” katanya.

Dia turut menitipkan doa agar setiap anak-anak ini dilindungi daripada sebarang keburukan manakala ibubapa pula dikurniakan kebijaksanaan untuk mendidik generasi akan datang.

“Bagi mereka yang belum berkahwin atau belum ada anak, mungkin perkara ini dianggap kelakar, tapi hakikatnya, inilah perkara yang menakutkan kami yang bergelar ibu bapa,” tulisnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleSampaikan Berita Ada Ul4r Sawa, Ramai Harap TV3 Ambil Adik Ni Jadi Pemberita
Next articleAnuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Boneka Di AJL36? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here