Baru-baru ini, virl seorang remaja perempuan telah menarik perhatian para warganet kerana dipercayai memiliki nama yang unik di mana namanya diambil sempena tajuk sebuah lagu oleh penyanyi Iwan Fals.
Seorang remaja perempuan yang memiliki nama unik iaitu Damai Sepanjang Hari telah berkongsi keunikan namanya itu di akaun TikTok miliknya damaibgt pada 26 Januari yang lalu. Namun begitu, terdapat segelintir warganet yang tidak percaya. Ini membuatkan remaja tersebut berkongsi gambar kad pengenalan diri bagi membuktikan namanya bukan rekaan semata-mata.
Difahamkan, namanya diberikan oleh ayahnya kerana ayah remaja tersebut merupakan peminat karya Iwan Fals di mana menginginkan kehidupan yang damai, tenang dan diberkati.
Tambahan itu, bukan namanya sahaja yang unik malah adik-beradiknya juga memiliki nama yang lain daripada lain. Nama abangnya serupa tajuk lagu Iwan Fals iaitu Virgia Cikal Nurahman dan juga Anissa Cikal Rambu Anarki.
Manakala adiknya pula turut diberi nama berkaitan dengan karya seni iaitu Ali Musa Daud Surya Kantata dan Caraka Gema Alam Raya.
Bagaimanapun, remaja tersebut mengatakan bahawa dirinya tidak pernah menerima ejekan atau dibuli oleh rakan sekolahnya kerana mempunyai nama yang unik.
Sumber : siakapkeli