Pelakon, Puteri Aishah yang kini sudah bergelar isteri berkongsi momen ketika sedang berbulan madu bersama suaminya, Muhammad Firdaus di London, United Kingdom.
Pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman ini telah berkongsi momen manis itu bersama peminat menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik akaun Instagram miliknya.
Senyuman kegembiraan jelas terukir di wajah pelakon berusia 27 tahun ini ketika meluangkan masa bersama suaminya di sekitar kota tersebut sambil menikm4ti momen indah bersama.
Malah, pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan turut berkongsi foto ketika berada di sekitar kawasan roda feris terkenal dan terbesar di Eropah, iaitu ’The London Eye’.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan buat pelakon drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim itu.
“Enjoy your honeymoon Put,” tulis seorang warganet.
“put nampak happy sgt,” tulis peminat.
“Take care you .. happy honeymoon,” titip lagi seorang wargamaya.
“Cantiknya put!! Enjoy your trip sana. Saya sejujurnya cemburu. Sekian,” komen seorang peminat di ruangan komen berkenaan.
Sekadar informasi, Puteri mendirikan rumah tangga bersama Firdaus pada tanggal 21 November lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Foto: Instagram Puteri Aishah
Sumber : MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/