“Apa pun you kena buat repot polis dulu” kata penunggang motosikal yang dil4.nggar.
“Apa Polis” balas wanita m4.buk ini.
Ini kejadian bila seorg wanita yang didapati m.buk selepas melanggar dua motosikal.
Ampang Jaya Seorang wanita yang memandu dalam keadaan ma.buk mel.nggar dua motosikal sebelum melarikan diri dalam kejadian di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku jam 12.41 tengah malam itu.
“Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami ker0.sakan.
“Kedua-dia penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, polis sudah berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun dan tangkapan kini sedang dijalankan.
“Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya,” katanya.
Terdahulu, video wanita berkenaan melarikan diri tular di media sosial.
Video berdurasi seminit itu menunjukkan wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan m4.buk.
Ketika diminta untuk membuat laporan polis wanita terbabit terus memecut laju melarikan diri.
Sumber : hmetro