Ketika ingin melahirkan anak di hospital, kehadiran suami sangat bermakna buat para isteri tetapi disebabkan SOP ketat tatkala negara dilanda pandemik, kebanyakan para isteri terpaksa bersalin sendiri tanpa suami di sisi.
Suami tidak dibenarkan masuk
Di Tiktok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Alfieshah memuat naik video menghantar isterinya ke hospital untuk bersalin. Walaupun gembira kerana bakal menimang cahaya mata, lelaki berkenaan agak sebak kerana tidak dapat menemani isterinya sehingga ke dewan bersalin akibat SOP yang dah ditetapkan.
Meskipun tidak dapat berjumpa biarpun 5 minit, suaminya hanya mampu memberi makanan serta pakaian di depan pintu saja.
Dapat ‘video call’ sekejap je
Semasa ‘video call’, isterinya mengalirkan air mata kerana menanggung kesakitan tanpa suami disisi. Ketika isterinya dibawa ke dewan bersalin, dia hanya mampu menunggu di luar hospital dan mengharap agar isteri serta anaknya selamat. Di ruangan komen, beberapa individu yang menceritakan pengalaman mereka bersalin tanpa suami disisi seperti wanita ini.
Saya dah rasa bersalin tanpa husband teman.. semoga Dia permudahkan segalanya.
Video penuh
Sumber : ohbulan