Home Viral ‘Caprice sangat melampau, dia tak tahu hujung pangkal’ sekali Michael Ang luah...

‘Caprice sangat melampau, dia tak tahu hujung pangkal’ sekali Michael Ang luah perasaan buat ramai tersedu

167
0

‘Caprice sangat melampau, dia tak tahu hujung pangkal’ sekali Michael Ang luah perasaan buat ramai tersedu

KUALA LUMPUR Pengarah terkenal Michael Ang menerima kecman daripada netizen yang salah faham terhadap perkongsiannya di Instagram berhubung isu Isrel dan Plestin, baru-baru ini. Ramai yang mengecmnya dan berkata seolah-olah dia menyokong Israel.

“Kepada Caprice, sebelum kau nak jadi batu api supaya satu Malaysia hentam aku macam mana kau buat pada orang lain, sila hadam ni ya! Aku tak pernah sokong Israel.

“Dari tahun 2021 aku dah hentam perbuatan Israel. Bila baca dan tak faham inilah masalahnya!

“Aku cuba sampaikan yang aku tak suka prang dan nak keamanan.Kepada netizen-netizen yang menghentam aku tadi, apa yang boleh saya katakan, Amin,”katanya

Dalam pada itu, Michael sempat menegur Caprice supaya membaca dan memahami apa-apa kenyataan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Caprice memanipulasi kenyataan dan mengatakan saya menyokong keganasan Israel. Kalau netizen yang komen pasal saya, saya tak layan. Tapi sebab Caprice yang bersuara, saya balas balik dan siap tag namanya di Instagram..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Caprice sangat melampau. Semua benda dia nak masuk campur tetapi tidak tahu hujung pangkal. Dia ada nombor telefon dan boleh hubungi saya.”.

Terdahulu, Caprice menerusi satu hantaran video di Instagram menyindir Michael dan seolah-olah menuduh pengarah itu menyokong kekejaman Israel terhadap Plestin. Susulan daripada tindakan tersebut, Michael meminta supaya penyanyi itu tidak menjadi batu api dan memanipulasikan kenyataannya. Menurut Michael, dia bukan saja membenci tindakan Israel malah mengkritik sokongan kuasa besar dunia yang membantu rejim Zonis itu melakukan keganasn.

Sumber : hmetro

Previous article“Dia keliru tu” dikatakan perkahwinan tidak sah dengan Angeline Tan , sekali Sabri Yunus buka mulut
Next article“Sila keluar esok” sekali Shila Amzah halau teman wanita adiknya Syafiq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here