Pelakon senior, Zila Bakarin mendedahkan bahawa dia pernah disoal sama ada sanggup membuka hijab jika dikehendaki untuk berbuat demikian untuk berlakon.
Menurut Zila, perkara tersebut berbangklt apabila ada beberapa pelakon bertudung bersetuju untuk membuka pelitup kepala semata-mata untuk menjayakan watak diberikan kepada mereka.
Dia yang ditemui media menegaskan bahawa dia tidak akan sekali-kali membuka tudung dan meminta kru produksi agar mencari sahaja pelakon lain.
“Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung cari orang lain. Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan solan begitu, baru saya tahu. Tapi sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan.”
Tambahnya lagi, dia juga tldak menyedari bahawa perkara seperti itu wujud dalam industri hiburan tempatan pada ketika ini.
Meskipun begitu, bagi Zila, dia tiada hak untuk melebih-lebih dalam memberi pendapat mengenai lsu-lsu sensltif seperti itu kerana dia sendiri juga masih belajar untuk berubah ke arah yang lebih baik dari segi pemakaian.
“Saya pun tak pandai sangat dan masih belajar. Kalau mereka terbuka untuk menanggalkan tudung ketika berlakon, itu hak mereka. Tapi kalau tanya saya, saya tk mahu dan kalau terpksa tolak tawaran itu, saya akan tolak dan anggap ia bukan rezeki saya.” – Zila Bakarin
Dua orang anak kepada pelakon Zila Bakarin menjadi perhatian warganet selepas aktres tersebut berkongsi foto mereka di laman sosial Instagram (IG)nya.
Bukan hanya pengikut Zila, tetapi rakan-rakan seperjuangannya di dalam industri seperti Wan Sharmila, Emelda Rosemila dan Salina Saibi turut meninggalkan komen.
Anak-anak Zila iaitu Kaseh dan Chinta masing-masing sudah berusia 12 dan 9 tahun. “Dah besar anak dara Zila, cantik pula tu,” kata seorang pengikut Zila. “Cantik dan letup anak-anak sis…Macam ibu dia juga ni,” tulis seorang pengikut lagi.
“Cantiknyaaa kasih dah besar, unik muka dia @zilabakarinofficial,” komen Emilda Rosemila pula. Selain itu wargamaya turut memuji penampilan Zila yang sopan dan kelihatan cantik serta lebih muda dari usia sebenarnya.
“Anggun..macam OOTD dengan adik-adik..” “Pakai tudung sauk pun cantikkk!” “Wow…macam sisters! love sangat!” antara komen positif netizen di ruangan komen Zila.
Zila mula berhijab pada awal November 2018 dan sehingga kini, tidak dapat dinafikan pelakon tersebut nampak selesa dan Iebih ayu dalam imej yang menutup aurat.
Imej barunya juga mendapat pujian ramai, rata-ratanya suka melihat Zila sudah mula berhijab dan mendoakan agar dia terus istiqamah.
Jarang sungguh nak dengar cerita tentang Zila Bakarin terutama selepas dia memakai tudung sejak tahun lalu.
Namun, sejak akhir-akhir ini Zila menjadi tumpuan ramai selepas dia memuat naik foto bersama dua anak perempuannya.
Cantiknya anak-anak Zila!.” Itu antara respons netizen ketika melihat foto Zila bersama dua anak daranya, Kaseh, 12, dan Cinta yang berusia sembilan tahun.
Bukan sahaja netizen, malah rakan artis turut memuji kecantikan dua anaknya itu.
“Cantiknya Kaseh, dah besar. Unik muka dia,” tulis Emelda Rosmila.
Rasanya kecantikan yang dimiliki Kaseh dan Cinta diwarisi daripada ibunya. Semoga membesar dengan baik ya.
Sumber : beautifulnara & Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.applehijau.com/