Tindakan usahawan selebriti Intan Saleh memuat naik foto terbarunya menarik tumpuan ramai di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Dua keping foto tersebut memperlihatkan wanita berusia 37 tahun itu mengenakan dress hitam dan berselendang putih sambil ‘berposing’ di sebuah resort terletak di Ipoh, Perak.
Bagi can (peluang) la ek… Tak tau nak tulis caption apa,” tulisnya yang mesra dipanggil sebagai Bonda.
Namun begitu, bukan kapsyen mengundang perhatian sebaliknya keadaan fizikal bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda itu yang dikatakan jelas kelihatan memiliki ‘baby bump’.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan mengucapkan syukur dan tahniah atas rezeki kurniaan Allah SWT.
Malah, terdapat juga individu mendoakan Intan agar proses kehamilan akan dipermudahkan sehingga selamat melahirkan cahaya mata ketiga itu nanti.
Intan mendirikan rumah tangga dengan penjawat awam, Mohd Aizam pada 20 Disember tahun lalu dimana mereka memiliki perbezaan usia 11 tahun.
Dia juga pernah berkahwin dengan pemuzik bebas, Ude Wahid sebelum bercerai pada 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri yang kini berusia enam tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/