Home Petua Tips ‘Nak sembunyi belakang lori konon’ Cubaan Rentas Negeri Gagal

‘Nak sembunyi belakang lori konon’ Cubaan Rentas Negeri Gagal

1418
0

KEMAMAN: Cubaan empat warga asing merentas negeri dengan alasan mahu mencari kerja tidak berjaya selepas ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Perasing, di sini.

Empat lelaki Myanmar berusia di antara 20 dan 25 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang membawa mereka masuk ke negeri ini kira-kira jam 5 petang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata lori itu ditahan ketika operasi pemantauan dan sekatan jalan raya antara negeri.

“Lori itu dipandu seorang lelaki tempatan bersama dua penumpang, namun berada dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota kita telah membuat pemeriksaan dan membuka tempat simpanan barang di bahagian belakang dan menemui dua lagi warga Myanmar bersembunyi di belakang lori,” kata Hanyan.

Kata Hanyan lagi, ketika disoal siasat, kesemua suspek memaklumkan dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menghala ke Kemaman, Terengganu.

Bagaimanapun mereka gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri daripada polis atau mana-mana penguatkuasa yang berkaitan.

Hanyan berkata siasatan juga mendapati empat warga Myanmar itu bekerja di Kuantan, namun dikatakan datang ke negeri ini kononnya mahu mencari kerja dan mendapatkan perkhidmatan lelaki tempatan itu untuk membawa barang-barang mereka untuk berpindah.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bawah Peraturan 6 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berb4haya kepada ny4wa.

Sumber : astroawani

Previous articleRisteena Beng4ng Kisah 30 Minit Tak Balas Mesej Dikec4m
Next articleGadis Ini Bangga Dapat Kebenaran Rentas Negeri, Mengaku Pakai ‘Kabel’ Dan Ayat Manis Nak Balik Kampung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here