Home Petua Tips “Dapat makanan sedap, cukup masa dihantar macam itu pun tak tahu bersyukur”...

“Dapat makanan sedap, cukup masa dihantar macam itu pun tak tahu bersyukur” Orang ‘kayangan’ kena kec4m

235
0

SEORANG pekerja Malaysia yang pulang dari Singapura dan sedang dikuarantin di sebuah hotel lima bintang di Johor Bahru, menerima kecaman pengguna media sosial apabila dilihat tidak bersyukur dengan kemudahan disediakan terutama makanan.

Muat naik individu berkenaan di Facebook (FB) tular sejak malam tadi selepas dikongsi sebuah portal kerana dia membuat beberapa dakwaan termasuk tidak diberi pilihan makanan yang disediakan.

Dalam muat naik berkenaan dia yang mendkwa dikurantin sejak 14 April lalu, turut mengadu tidak dibenarkan membeli makanan dari luar termasuk menerusi penghantaran selain ahli keluarganya tidak dibenarkan menghantar apa-apa termasuk makanan.

Perkara itu membuatkan dia kecewa kerana mendakwa dia bukan penjenyah untuk dilayan seperti itu.

Muat naik individu berkenaan menerima kecaman ratusan pengguna media sosial yang menyatakan dirinya tidak tahu bersyukur apatah lagi makanan yang ditunjukkan kelihatan menyelerakan berbanding makanan orang biasa di luar.

Seorang pengguna media sosial berkata, individu berkenaan seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan disediakan kerajaan termasuk makanan yang dilihat menyelerakan dan berkhasiat.

“Dapat makanan sedap, cukup masa dihantar macam itu pun tak tahu bersyukur.

“Kami di luar ini nak beli makanan di pasar raya pun kena beratur dulu. Lepas tu, makanan pun biasa saja malah bercatu lagi ada supaya tak kerap keluar. Memang tak tahu bersyukur,” katanya.

Menerusi muat naik sama di portal berkenaan, pentadbir media sosial berkenaan turut menyatakan penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa mengenai prosedur mereka yang dikuarantin.

KKM menjelaskan antaranya makanan dari luar tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan sebarang kemungkinan termasuk ker4cunan makanan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak membenarkan ahli keluarga menghantar barangan termasuk makanan sebagai langkah keselamatan individu dikuarantin selain mengelakkan barangan tidak dibenarkan diseludup termasuk rokok.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Previous articleMalunya , memang ‘terkantoi ‘jual penutup muka b0cor tapi selamba Je makan buah mangga mcm tak de apa apa
Next articleSelepas menteri, ada lagi VIP slumber je langgr PKP. Jawatan dia bukan biasa biasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here