“Dah agak dah kerja dia” Akaun Mastura menggangu Puteri Sarah rupanya dah terbongkar
Pelakon terkenal Puteri Sarah sering diganggu oleh akaun yang bernama Mastura kebelakangan ini.Hantaran Instagram pelakon Puteri Sarah sekali lagi menerima komen dari akaun palsu bernama ‘Mastura’ yang memetik nama Ira Kazar telah menarik perhatian ramai.
Lihat video
‘Mastura’ mempersoalkan bagaimana Puteri Sarah tahu dan beranggapan bahawa yang memegang akaun palsu itu adalah Ira Kazar. ‘Mastura’ juga meminta untuk pelakon itu menunjukkan bukti.
Tidak mendiamkan diri, pelakon tersebut tampil membalas komen ‘Mastura’ dengan menyatakan dirinya tidak pernah petik nama isteri kepada Syamsul Yusof itu sebelum ini.
Ehhhh?? Takde sapa yang tuduh you. Omg! You mengaku sendiri ni kat sini. Stupidnya.
Bukan itu saja, Sarah juga ada membalas komen salah seorang warganet di ruangan komen itu dengan mendedahkan dirinya sudah mendengar suara disebalik akaun berkenaan dan menyatakan ia diguna pakai oleh salah seorang ahli keluarga Ira Kazar.
Sekadar info, Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan dirinya kerap kali diganggu oleh individu bernama ‘Mastura’ bermula bulan Ogos lalu.
Sumber: mstar,utube,IG