Noor Nabila Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Noor Nabila merupakan seorang usahawan wanita yang memegang peranan sebagai Pengarah Urusan syarikat pengeluar tudung berjenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd. Adik-beradiknya termasuk, pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera Khan dan Atisha Khan. Beliau dilahirkan pada 4 September tahun 1984, berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Noor Nabila pernah berkahwin dengan pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun angkara pergolakan rumah tangga perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Hasil perkahwinan mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Noor Nabila membuat satu video klip bersama anak lelakinya, Jebat Jayden. Jebat lancar bercakap Bahasa Melayu walaupun sedikit pelat, telah mendapat perhatian ramai dengan reaksinya yang comel dan lucu.
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Mi KaRi:Penang mai steady anak antooo hahaha air soyaq gaisss
@Alamo:Dia lagi penang dari baba dia ,baba dia penang pun xkata ayaq soyaq
@Mey La:Sengau dah bunyi dia nk explain
@Erinzeck81:dah laa salah ,ajar plk mummy dia.
@Scha_Amlie:dia tercampoq penang baba dia ni tp ayaq soya la jayden letak Q dkt air (ayaq) bukan dkt soya ,hahaha penat gelak hahahahaha
@ceo of review:Aku tkleh dgr expression mak dia ‘huhhh’ hahahaha sumpah lawak
@ikenggg6:rasa jayden keliru ni..dia nk ckp ayaq soya tp sebut air soyaq. comei la awk ni jayden kelakor mcm baba
@Syiedaamidi:Dia pulak mengajar emaknya ckp air so yaq
Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, walaupun sebutannya sedikit pelat tetapi orang ramai masih terhibur melihat telatahnya yang comel dan lucu. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1.5M penonton, 123.4K sukaan dan 1418 komen.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Daebakingz dan Tiktok