Daiyan Trisha memaklumkan yang dia kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Daiyan melu4hkan perasaan, berkongsi rasa yang sedang mengalir dalam dirinya sejak kerajaan membenarkan rakyat untuk terbang ke luar negara pada 1 April lalu.
“Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya mungkin sedar yang saya pernah berada di kota yang berbeza setiap minggu, mengejar pesawat setiap hari sebelum datangnya C0VlDl9.
“Saya akan ke Los Angeles lima hingga enam kali setahun, saya akan ke Marrakech dan seterusnya Seoul dan Tokyo selang seminggu. Saya berada di luar negara lebih lama berbanding saya di Malaysia. Hal itu yang sering saya nanti-nantikan,” tulisnya di Instagram.
Daiyan menambah, apabila wabak C0VlDl9 melanda, dia tidak terbang ke luar negara selama dua tahun dan sepanjang itu juga dia berasa rindu untuk meneroka dan mengembara seperti waktu dahulu.
“Saya rindu untuk terbang. Tetapi, apabila sempadan dibuka, dan peluang melancong datang, tiba-tiba saya berasa tak sedia. Seperti ada sesuatu yang menghalang saya. Sama ada saya terlalu sibuk atau saya mempunyai banyak perancangan. Saya tidak rasa mahu pergi (ke luar negara) lagi. Ada satu perasaan dalam diri saya yang meminta saya untuk sesuatu yang istimewa dan berharga untuk saya ke luar negara.
“Dan ini dia, Tanah Suci. Tempat paling indah untuk didatangi. Sepatutnya saya sudah tahu… Tempat yang saya tak pernah pergi, tetapi saya terlalu rindukannya. Tak pernah saya rindukan untuk berada di sesuatu tempat sehingga seperti sekarang ini.
“Ya Allah Ya tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu Mu dalam bulan yang mulia ini. Terima kasih kerana menjemput ku pada masa yang paling aku perlukan Mu. Nampaknya aku telah menunggu saat ini, kerana saya aku seperti Mu telah menungguku,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 143k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mendoakan supaya Daiyan Trisha dipermudahkan segala urusan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :www.sinarviral.kini.blog/