Nampaknya isu berkaitan Fynn Jamal dan kenyataan beraninya berhubung isu rgol dan penampilan wanita belum ada surutnya.
Isu tersebut masih lagi dibahas di ruangan Instagram penyanyi tersebut sehingga mendapat respon yang pelbagai daripada pihak-pihak tertentu.
Wardina vs Fynn Jamal
Semalam, video live IG pemilik lagu Arjuna Beta itu mengulas isu semasa sekali lagi tular apabila kenyataannya sebelum ini disanggah oleh seorang pelakon wanita, Wardina Safiyyah yang memberikan jawapan ‘padu’ kepada Fynn.
Video tersebut tular dan telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Kefli Nawawi sehingga mendapat perhatian warganet.
I love how Wardina slams Fynn Jamal this morning. R4pe thing is complex. You cannot mix covering aurat with rape issue. 😬 pic.twitter.com/tH4oPGD2Dj
— Kefli Nawawi (@kefli_nawawi) June 29, 2020
Wardina tempelak Fynn?
Dalam video tersebut, Wardina Safiyyah menempelak Fynn Jamal berikutan kenyataan yang agak mengelirukan kepada orang lain sehingga Fynn Jamal terdiam.
“Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rgol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung.Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah.
“Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam.Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini.”
Nasihat agar minta maaf
Oleh sebab itu, pelakon sitkom Spana Jaya tersebut meminta agar Fynn Jamal melakukan permohonan maaf atas kekeliruan yang dibuat sebelum ini sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif berkaitan Islam itu sendiri.
“Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rgol.”
“Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu antaranya faktor psikologikal.”
Menyelar kenyataan Fynn
Dalam perdebatan tersebut juga, Wardina Safiyyah turut menzahirkan rasa tidak setuju dengan dakwaan Fynn yang mengatakan bahawa penampilan wanita ketika bergambar turut menjadi salah satu punca berlakunya jenayah rgol.
“Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri.”
“Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar.”
Video penuh di Instagram Fynn Jamal:
View this post on Instagram
Terdahulu, Fynn Jamal telah mengeluarkan kenyataan yang agak menglirukan berhubung isu rogol dalam sesi soal jawab menerusi Instagramnya.
Kenyataan yang menjurus kepada menyalahkan wanita dalam kes rgol ini telah membuatkan netizen berang sehingga menarik perhatian banyak pihak. Oleh itu, rapper terkenal Caprice telah mengajak Fynn Jamal untuk membincangkan isu tersebut namun berakhir dengan lebih banyak kekeliruan.
Sumber : ohmymedia