Home Petua Tips Najib s1ndir krajaan dlm isu program vksinasi negAra, Sekali Yb KJ masuk...

Najib s1ndir krajaan dlm isu program vksinasi negAra, Sekali Yb KJ masuk komen sampai dpt 5 ribu like

279
0

PUTRAJAYA menghadapi banyak cabaran untuk mengimunisasi sekurang-kurangnya 50% hingga 60% penduduk pada akhir tahun seperti yang disasarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata beberapa pakar kesihatan.

Cabaran ini melibatkan logistik, bekalan, penyebaran maklumat dan keraguan vaksin, kata mereka.

Mengulas perkara tersebut, Najib Razak sekali lagi dalam hantar beliau di Facebook bertindak mengkritik kerajaan

 

 

“Setelah program vaksinasi negara bermula 3 minggu dahulu, sebanyak 139,720 orang telah diberi dos pertama vaksin – atau 0.43% daripada penduduk Malaysia.

“Kadar pemberian vaksin pada ketika ini adalah 16,353 suntikan sehari.

“Ini adalah jauh di bawah sasaran kerajaan sebanyak 150,000 suntikan sehari.

“Sebagai perbandingan, 596,000 orang di Singapura (10.5% penduduk) telah diberi vaksin manakala 4,256,457 orang di Indonesia telah diberi vaksin dengan kadar 223,756 suntikan sehari.

“Setakat ini, 28% penduduk negara USA dan 35.2% penduduk UK telah diberi dos pertama.

“Jika Malaysia mampu mencapai sasaran 150,000 suntikan sehari pun, negara hanya akan mencapai 27.3 juta atau 80% penduduk Malaysia diberi vaksin pada bulan Mac tahun depan untuk mencapai imuniti kelompok.

(150k X 365 hari = 54.7 juta dos bahagi dua = 27.3 juta penduduk)

“Itupun sebelum mengambil kira pekerja asing yang juga perlu diberi vaksin.

“Kadar vaksinasi negara perlu dipercepatkan lagi sebab saya rasa ramai rakyat Malaysia tak sanggup tunggu sehingga Mac 2022 untuk negara mencapai imuniti kelompok dan bebas Covid.

“U-turn dibuat kerajaan PN semalam untuk melibatkan klinik dan hospital swasta untuk membantu dalam proses vaksinasi adalah langkah yang tepat.

“Namun, ini belum cukup sebab kerajaan masih tidak ingin memberi kelulusan kepada pihak swasta untuk mencari dan membeli vaksin melalui saluran mereka.

“Saya tetap percaya bahawa bekalan vaksin dunia akan melebihi permintaan tidak lama lagi atas beberapa faktor yang saya sudah hurai beberapa kali sebelum ini.

“Sebab itu, pihak swasta perlu dibenarkan untuk mencari dan membeli bekalan vaksin sendiri seperti di beberapa negara lain termasuk Indonesia.

“Kerajaan tak rugi apa-apa pun selagi vaksin yang dicari pihak swasta diluluskan kerajaan dan WHO.

(Takkan kita nak ragu dengan pihak hospital dan klinik swasta sebab mereka dah lama memberi suntikan vaksin-vaksin lain kepada bayi-bayi?)

“Kerajaan beli bekalan vaksin sendiri seperti dibuat selama ini manakala pihak swasta juga cuba membeli bekalan sendiri.

“Jika pihak swasta tak berjaya membeli bekalan vaksin yang diluluskan, kerajaan tak rugi apa-apa.

“Jika mereka berjaya maka proses vaksinasi negara mampu dipercepatkan dan beban ke atas pusat vaksinasi kerajaan dapat dikurangkan.

“Selain itu, kerajaan boleh pertimbangkan jika proses memberi vaksin melalui cara drive-thru seperti dibuat di USA dan Indonesia adalah sesuai bagi negara kita” tulis Najib di laman rasmi facebook milik beliau Najib Razak

KJ Masuk Komen Sampai Dapat 5.1K Like

Namun begitu, hantar Najib kali ini mendapat balasan komen dari YB KJ. Setakat artikal ini ditulis, komen tersebut telah mendapat 5.1 ribu tanda suka dan mendapat 806 maklum balas dari netizan

 

“Salam Dato’ Sri. Terima kasih kerana sering menyentuh soal vaksinasi COVID-19. Tapi ada beberapa perkara yang ingin saya jawab disebabkan ada kesalahan fakta dalam post Dato’ Sri ini.

Kadar suntikan

Untuk makluman Dato’ Sri dan semua pembaca, lebih 90% kumpulan penerima vaksin Fasa 1 adalah terdiri daripada petugas barisan hadapan. Kumpulan ini terikat dengan tugas hakiki mereka seperti kakitangan kesihatan, polis dan tentera. Justeru, pemberian vaksin kepada golongan ini perlu diberikan secara berperingkat bagi memastikan tugasan hakiki kumpulan ini tidak terganggu.

Jangkaan sehingga 160,000 dos vaksinasi sehari adalah untuk Fasa 2 dan 3 apabila lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin dan jumlah vaksinator ditambah dalam fasa ini.

Seperti yang saya umumkan sebelum ini, kita akan menerima sekitar satu juta dos vaksin sahaja pada suku pertama tahun ini. Kadar suntikan akan meningkat apabila masuk suku kedua 2021 apabila lebih banyak jenis vaksin diluluskan NPRA dan penghantaran vaksin daripada pembekal akan menjadi lebih kerap.

Jumlah 160,000 ini juga mampu dicapai apabila beberapa kumpulan yang telah membentuk kluster sebelum ini turut diberikan vaksin seperti kluster penjara dan banduan serta kluster tempat kerja.

Perbandingan negara

Sehingga 1 Mac 2021, jumlah dos vaksin yang telah diberikan di Singapura adalah sebanyak 525,039. Singapura telah memulakan program vaksinasi mereka pada 8 Januari. Secara purata, untuk tempoh 53 hari daripada hari pertama sehingga 1 Mac, jumlah dos yang diberikan di Singapura adalah sebanyak 9,906 sehari.

Manakala untuk Malaysia, sehingga semalam, sejumlah 166,363 dos sudah diberikan. Ini menjadikan purata dos diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24

Februari lalu (13 hari sehingga semalam – bukanlah 3 minggu seperti yang Dato’ Sri tulis) adalah sebanyak 12,797 dos sehari.

Jadi perbandingan yang dibuat Dato’ Sri adalah tidak adil apabila tidak mengambilkira jumlah hari program vaksinasi telah berlangsung. Jika mengambil kira jumlah hari, ternyata purata harian vaksinasi di Malaysia adalah lebih tinggi daripada Singapura.

 U-Turn Penglibatan Klinik/Hospital Swasta

Untuk makluman Dato’ Sri, kerajaan tidak pernah membuat u-turn apabila pengumuman penglibatan pihak swasta dibuat semalam.

Daripada awal lagi, PICK telah merancang untuk melibatkan perkhidmatan kesihatan swasta. Ini turut dinyatakan dalam buku panduan PICK. Mungkin Dato’ Sri belum membaca sampai habis buku panduan ini.

Saya juga telah menyatakan perkara ini berulangkali sama ada menerusi program penerangan, siaran akhbar mahupun ketika sidang media. Dato’ Sri boleh Google jika Dato’ Sri ada terlepas pandang.

 Pembelian Vaksin oleh Pihak Swasta

Kerajaan juga tidak pernah menghalang sekiranya ada pihak swasta hendak mendapatkan bekalan vaksin daripada mana-mana pengeluar. Walau bagaimanapun, buat masa ini, kebanyakan pengeluar vaksin hanya mengadakan rundingan bersama pihak kerajaan.

Saya juga ingin menyatakan, apa-apa jenis vaksin yang hendak digunakan di Malaysia perlu mendapat kelulusan NPRA. Saya difahamkan, sehingga kini tiada permohonan telah diterima oleh

NPRA daripada pihak swasta untuk mendaftarkan apa-apa jenis vaksin.

 Pemberian vaksin secara pandu lalu

Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) ketika ini sedang mempertimbang kertas kerja pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Akademi Sains

Malaysia (ASM). Jadi jangan khuatir, perancangan ini sememangnya telah ada. Cumanya ia perlu diberi perincian tertamanya dalam soal logistik dan kesan AEFI memandangkan setiap vaksin

COVID-19 mempunyai protokol pengendalian yang berbeza-beza.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri. Semoga jawapan yang saya sertakan ini membantu menambah pemahaman Dato’ Sri tentang pelaksanaan PICK. Saya juga akan mengadakan suatu taklimat khas berkenaan PICK kepada Ahli Parlimen tidak lama lagi. Jemputan akan diedarkan dan saya berharap Dato’ Sri dapat hadir pada sesi taklimat itu nanti.

Reaksi dari netizan

Komen penjelasan dari KJ mendapat sehingga 800 lebih maklum balas dari pengikut Najib Razak

 

Sumber : Najib Razak,KJ  kredit : trendingsangat.pw

Previous articleIsu Hubungan Akim Dan Model Vietnam Jade Yanh. Sekali Akim Cerita Perkara Sebenar
Next articleLelaki Yg Dermakan Hati Kpd Arwh Afiq Tampil Ceritakn Prkara Sebenar Seminggu Selepas Afiq MeninggI Dnia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here