Home Petua Tips Aku senyap senyap letak voice recorder dlm kereta suami.Rupanya terbukti dia dpt...

Aku senyap senyap letak voice recorder dlm kereta suami.Rupanya terbukti dia dpt jangkitan sbb buat benda tu

342
0

Yang mengurus makan minum, pakaian dan segala-galanya tentang F. F hanya mengenalimu 4 bulan ya EE. Aku mengenali F bertahun-tahun lamanya lebih dari kamu.

‘Kerana perempuan itu’. Ya perempuan inilah yang sanggup lupakan segala cita-cita demi untuk menjaga keluarganya.
Aku di kala ini hanya suri rumah sepenuh masa.

F bekerja sebagai anggota beruniform. Aku sanggup melupakan cita-citaku kerana F tidak mahu aku bekerja.

Sedangkan aku berkelulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian dari salah sebuah IPTA terbaik di negara ini. Aku juga merupakan salah seorang pelajar terbaik di sekolah dan di universiti.

Aku pernah mendapat beberapa anugerah akademik tetapi akhirnya aku memilih untuk berada di sisi suami dan anak-anakku.

Ibu bapaku redha walaupun mereka mahu aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Keluargaku memang tegas dalam hal pelajaran.

Adik beradikku semua berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dan semuanya bekerja di sektor kerajaan kecuali aku.

 



Dan untuk makluman kamu EE, perempuan ini jugalah yang berada dengan F dari F tidak punya apa-apa. Aku berasal dari keluarga yang sederhana tetapi aku tidak pernah merasakan hidup terlalu susah.

Ibu bapaku mampu menyara aku dan memberi segala keperluanku.

Berbeza dengan F yang perlu berdikari menyara kehidupannya. Semasa aku baru rapat dengan F, kami berjumpa dengan menaiki bas.

Aku tidak peduli walaupun aku mempunyai pilihan yang lebih baik. Aku masih tetap bersamanya sehingga F mampu membeli motor. Dalam keadaan serba kekurangan, kami berkahwin.

Kerana F tidak mahu aku berhijrah ke luar negeri untuk bekerja. Dan selepas berkahwin, rezeki perkahwinan datang.
F mendapat tawaran kerja dalam sektor awam sebagai anggota beruniform.

Tetapi tidak mudah mendapat jawatan itu.


Sebelum itu, sudah beratus-ratus permohonan ku hantar bagi pihak F dari waktu kami masih bergelar pasangan kekasih sehinggalah kami sudah berkahwin.

Tidak lama selepas itu, aku mengikuti F berpindah. Aku tahu banyak cerita tentang kecurangan F tetapi mereka belum sampai ke tahap serius.

Aku bertanya dengannya tetapi dia menafikan. Aku tidak cukup bukti maka aku pendamkan saja. Aku seorang yang lemah lembut. Aku tidak mahu memulakan pergaduhan.

Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. F sering keluar waktu malam. Dan balik keesokan paginya untuk menghantar anak dan pergi kerja.

F bagi alasan temankan bos. Itu semua arahan bos. Aku tahu bos F memang selalu keluar meronda waktu malam dengan pasukannya.

Tetapi aku tertipu kerana F pandai berpura-pura. F masih melayan aku dan anak-anak seperti biasa. F masih menghantar anak dan mengambilnya dari sekolah.

F masih bertanggungjawab membeli barang dapur walaupun nafkah duitku tidak diberi. Jadi pada mulanya agak sukar untuk aku menghidu kecurangannya.

Aku tertipu berbulan-bulan kerana perangai hipokritnya. Di depan aku, pijak semut pun tidak m4ti. Rupa-rupanya, F tidak bekerja bersama bos setiap malam.

 



Firasatku menjadi lebih kuat selepas F tiba-tiba memohon untuk menjadi pemandu Grab dan Uber. Bila dia menunjukkan bayaran yang diperolehinya, aku hairan kerana terdapat jangka masa 4-6jam dia tidak mendapat pelanggan langsung.
Bermakna dia off aplikasi.

Ke mana dia pergi? Dan ada satu masa, F balik rumah membawa beg plastik BodyGlove bersama baju berwarna merah.
Aku hairan kenapa F shopping berseorangan dan membeli baju yang sangat jauh dari citarasa beliau. Aku sangat kenal F.

Aku tahu F tidak akan membeli baju corak begitu. Malah selepas membeli baju itu, F hanya biarkan sahaja dan tidak pernah memakainya. Aku curiga.

Aku meletakkan aplikasi merakam perbualan dan GPS tanpa dia sedar. Dan segala-galanya terbongkar. Aku mendengar sendiri perbualan mereka.

Aku tahu tempat tinggal EE. Aku tahu tempat kerjanya. Aku tahu dia seorang ibu tunggal anak seorang.

Aku tahu dia lebih tua dari aku dan F. Daripada perbualan mereka, aku tahu EE memang sayangkan F. Dan ketika mereka bersama, aku datang ke tempat EE.



F meyakinkannya bahawa benda itu tidak akan terjadi. Ya aku bukan jenis wanita sebegitu. F kenal siapa aku. Aku masih tahu menjaga maruah diri dan F.

Aku tidak mahu anak-anakku hilang hormat kepada F satu ketika nanti jika perkara ini menjadi heboh. Dan selepas itu, F pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, F menelefon aku untuk memberi 1001 alasan.

Kami kawan saja katanya. Dalam keadaan kurang waras selepas mendengar semua perbualan mereka, aku memaki hamun F.
Segala kata yang kurang elok aku suarakan. F terkejut. Selama kami berkahwin, tidak pernah aku meninggikan suara dengan F.

Apa lagi mencarut dan mem4ki hamun sekalipun tidak pernah aku sebut. Ketika itu aku keluarkan semua sehingga F naik darah.

F pulang ke rumah dan terus menghempas pintu. Sebelum F sempat bersuara, aku mainkan rakaman perbualan mereka. F terdiam. Barannya yang tinggi tadi hilang. Aku teriak menangis bagaikan orang giiiilaaa.

F cuba menenangkan ku dan dalam keadaan aku meraung, aku bertanya kenapa buat aku macam ni? Selepas kewarasanku kembali, aku telefon ibu mentuaku. Aku katakan aku ingin bercer4i.

Ibu mentuaku terkejut. Menangis. Teruk F dimrahi ibunya. Ibu F meminta nombor telefon EE dariku. Tapi aku tidak bagi kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Malam tu aku tidur lewat dalam keadaan berair mata. F kulihat tidur awal.

Walaupun aku kurang waras pada hari itu, aku simpan rahsia itu dan tidak menunjukkan walau sedikit kesedihanku di media sosial. Tidak terfikir langsung untuk viralkan atau buat status mencarut.

Tiada siapa yang tahu kesedihanku.

Pagi itu, F cuba bersikap normal seperti biasa tetapi aku tidak mempedulikannya. Aku tegaskan bahawa aku ingin bercerai. F berfikir lama kemudian mengatakan kami boleh cerai, tetapi anak-anak dia yang jaga. Aku kata aku tidak kisah. F bingung.

Aku tahu dia hanya mengujiku. Aku memang tidak dapat hidup tanpa anak-anakku. Aku katakan aku ingin keluar dari rumah. Tetapi dia menghalangku.

Dompet, duit, IC, dan telefonku dirampas. Telefonku pecah dihempas ke lantai.
Aku cuba keluar melarikan diri tetapi dia mengejarku dan mendukungku balik semula ke bilik. Aku katakan pergilah ke tempat perempuan tu. Anak-anak suruh dia yang jaga.

Aku lepas tangan. Perlahan-lahan F telefon ibunya meminta bantuan menjaga anak-anak buat sementara waktu bila aku berkeras mengatakan aku tidak mahu menjaga anak-anak lagi

Aku penat menjaga anak tetapi dia bersukaria bercengkerama dengan wanita lain. Biar dia rasakan bagaimana sukarnya menjaga anak-anak.

Tetapi ibu mentuaku memarhi F dan katakan tidak mahu masuk campur urusan kami. Ibu mentuaku turut berkata daripada buat dia macam ni, baik bnuh saja ibu sendiri.

Beliau sudah tidak tahan dengan perangai anaknya seperti itu. Sebelum memutuskan talian, sekali lagi ibu mentuaku berkata jangan hantar anak kami kepadanya.

Aku tahu ibu mentuaku sangat sayangkanku. Dia tidak mahu melihat kami berpisah. Aku semakin ok hari tu. Tetapi hatiku masih skit.

F merayu dan menangis tidak mahu kami bercerai. F mengatakan dia tidak serius dengan EE. Dia bukan mahukan EE pun. Aku bertanya apa sebab dia buat begitu kepadaku.

Kalau aku sudah tidak diperlukan, kembalikan secara baik kepada orang tuaku. F menangis lagi. Katanya aku tidak salah. Alasan dia mencari lain pula kerana aku tidak tidur bersamanya di atas katil. Walhal kami masih tidur sebilik.

Anakku yang belum cukup setahun masih menyusu badan sepenuhnya. Aku selalu tertidur di bawah temankan anakku yang selalu mengempeng tengah malam. Dan suamiku tidur sendirian di atas katil.

Aku tidak mahu anakku tidur di atas katil kerana telah berulang kali dia terjatuh ketika tidur sebelum ini. F pula tidak mahu tidur tanpa katil. Tidak disangka alasan itu digunakan untuk mencari teman tidur yang lain.

Mungkin aku terlalu bodoh kerana masih menerima F kembali. Kerana kecur4ngannya, aku skit. Aku mendapat jangkitan kuman yang teruk.

Pada mulanya aku bingung kenapa aku dapat skit begitu. Selepas semua kecurangannya terbongkar, baru aku tahu.
Aku tanpa segan silu bertanyakan tentang jangkitan kuman itu kepada F. Dan rupa-rupanya, ketika mereka masih bersama, F ada beritahu EE bahawa aku mendapat jangkitan kuman dan begitu juga F.

F bertanya, EE ada masalah kesihatan atau tiada. EE katakan dia bersih dan tidak berpenyakit. F yakin dengan jawapan EE kerana sebelum ini EE pernah bekerja di dalam bidang medical.

Oh ya, sebelum itu, bila aku meminta F bercerita tentang EE, F nampak agak bangga sekali. EE orangnya sangat seksi dan selalu keluar minum di pub. Ramai orang-orang di pub kenal dengan EE.

Aku hairan apa yang dibanggakan sangat. Mungkinkah aku kolot kerana aku tidak minum alkohol dan tidak pandai keluar malam.

Aku juga bukan seorang yang suka berpakaian seksi. EE bekerja sebagai manager di salah sebuah open bar yang terkenal di bandar ini.
Dulu EE bekerja di dalam bidang perubatan. Tetapi gaji rendah membuatkannya berhenti kerja kerana tidak mampu menampung kehidupan dengan anaknya. Aku mula mencari tahu tentang EE.

Ya dia pernah bekerja dalam bidang perubatan tetapi beliau hanya bekerja sebagai pembantu klinik. EE mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan di salah sebuah kolej.

Aku tahu serba sedikit tentang EE dari kawannya juga.

Aku tahu tentang keluarga, adik beradik, kawan-kawannya, skit lymphoma yang dihidapinya, allergic yang dia ada dan aku tahu EE kini sudah berkahwin bulan Jun tahun ini dengan seorang lelaki bujang bergelar pendidik di salah sebuah IPTS. Mereka sebaya.

Aku juga tahu dia selalu menyokong kebebasan wanita atau para isteri yang diberi layanan tidak wajar daripada suami.

Dan dia turut mengutuk golongan perempuan penyondol laki orang di laman sosialnya. Ironinya dia pun salah seorang daripada penyondol tersebut juga.

Semasa F ingin memutuskan hubungan, EE sempat post status di whatsapp dengan caption sedih dan berlatarkan gambar pahanya yang sedang memakai seluar pendek.

Aku tahu motifnya ingin menggoda F. Tetapi aku biarkan. Aku tidak menghalang F berjumpa dan berbalas mesej dengan EE tetapi F tahu mana satu keutamaannya.

Aku tidak menghasut. Aku banyak diam waktu itu. Dan lagi, aku bukan sahaja mendapat jangkitan kuman tetapi aku juga mempunyai masalah jantung selepas timbulnya masalah ini. Dahsyat betul penangan sebuah kecur4ngan.

Sebelum ini, aku merupakan salah seorang yang pernah berkata, jika suamiku curang sehingga tahap tidur dengan orang lain, aku akan tinggalkannya kerana aku jijik dengan perbuatan tersebut.

Tetapi bila benda tu berlaku, aku lemah. Aku masih sayang suamiku. Aku tidak mahu anak-anakku hilang bapa mereka. Ini alasan paling lapuk tapi memang betul, jika kami bercerai, anak-anak akan kehilangan bapanya.

Aku mungkin tidak sanggup melihat atau berhubung dengan F lagi selepas kami bercerai. Aku tahu aku boleh hidup tanpa F tapi memikirkan EE akan bahagia bersama F sementara anak-anakku menderita kehilangan bapa, aku menjadi bingung.

Dan aku sayangkan keluarga mentuaku. Mereka sangat baik. Belum tentu aku boleh mendapat keluarga mentua sebaik mereka. Aku cuba untuk menerima F kembali selepas berfikir panjang.

Dan kini, setahun lebih sudah berlalu. F nampak semakin berubah. Aku ada akses dengan telefon pintarnya. Bila-bila masa aku boleh periksa. F juga sangat jarang keluar rumah.

F sering membantu aku menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah. F sudah mula memberiku nafkah tiap bulan. F betul-betul menunjukkan kasih sayangnya terhadap aku dan anak-anak.

F turut rajin membawa kami pergi bercuti. Aku berharap kisah seperti ini tidak berulang lagi. Biarlah ia menjadi pengalaman paling pahit dalam hidup kami. Aku tidak mungkin akan melupakannya.

Tapi aku juga harus teruskan kehidupan demi anak-anakku. Aku harap EE akan membaca coretanku ini.

Selamat Pengantin Baru EE dan semoga kamu tidak mendapat pengalaman pahit seperti ini dalam perkahwinanmu yang baru ini.

Jika masalah sebegini datang kepadamu, ingatlah bahawa karma itu wujud. Ingat kembali apa yang telah kamu lakukan terhadap wanita lain. Jangan pernah lupakannya kerana aku juga tidak akan dapat melupakannya sampai bila-bila.

Sumber : kuasaviral.com

Previous article“Arwh Pernah Niat Nak Bantu Madrasah Saya”.Ibu Arwh Jawab “Nt Makcik Cuba Tunaikan Hajat Arwh”
Next articleMalunya , memang ‘terkantoi ‘jual penutup muka b0cor tapi selamba Je makan buah mangga mcm tak de apa apa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here