Home Petua Tips Sudah Sembilan P0sitif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu...

Sudah Sembilan P0sitif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah

443
0

” Tiada siapa dibenarkan keluar bilik, tiada pelawat….Ya Allah selamatkan Malaysia,”

Itu titah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memohon doa kesejahteraan daripada rakyat selepas kakitangan Istana Negara disahkan dijangkiti C0v-l9.

Melalui satu hantaran di akaun Instagram airtangan_tunkuazizah, baginda turut memaklumkan seramai 9 kakitangan Istana Negara disahkan dijangkiti virvs itu.

Dalam hantaran yang dimuat naik kira-kira 5 petang tadi, Raja Permaisuri Agong memaklumkan baginda mempunyai kontak rapat dengan sembilan kakitangannya yang posit1f.

” Setakat ini sudah sembilan posit1f, di istana hanya tinggal saya sekeluarga bersama tiga pembantu.

Tunku Azizah bertitah, sepasukan anggota Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sudah berada di Istana Negara.

” Semua kakitangan akan dibawa ke hotel untuk menjalani ku4rantin secepat yang boleh.

” Prosedur yang akan mereka lalui adalah pertama perlu menukar pakaian yang dipakai dengan pakaian yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan.

” Selain itu mereka perlu melalui proses disinfeksi sebelum menaiki bas dan semua barangan peribadi mereka akan melalui proses disinfeksi,” titah baginda.

Baginda bertitah, mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan dan kumpulan ini akan menentukan bas mana yang akan mereka naiki.

Titah baginda, kumpulan pertama adalah mereka yang keputusan ujiannya negat1f.

” Kumpulan kedua adalah mereka yang keputusan ujian ‘swab test’ belum diterima dan kumpulan ketiga adalah mereka yang sudah mempunyai simptom seperti batuk, selsema dan demam,” titah baginda.

Raja Permaisuri Agong turut memuat naik enam gambar menunjukkan proses dilaksanakan di Istana Negara oleh petugas Jabatan Kesihatan dan pasukan bomba.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah sudah menjalani saringan kesihatan dan disahkan negat1f Cov1d-l9.

Terdahulu Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya posit1f C0v-l9 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan C0v-l9 dan disahkan negat1f.

” Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik C0v-l9 pulih.

” Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

 

Previous articleWanita Ini Ded4h Pes4kit Jemaah TabIigh Sempat Tulis Surat Kepada Jururawat
Next article‘Ramai Yg Seolah Olah Menyalahkan Kami’ Luahan Penduduk Simpang Renggam Yang Dikenakan Perintah Berkurung 2 Minggu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here