Home Petua Tips Ditvduh kahwin Senyap2 dan Mak Tak Restu.Sekali Hannah Delisha Buka Mulut Dan...

Ditvduh kahwin Senyap2 dan Mak Tak Restu.Sekali Hannah Delisha Buka Mulut Dan Ini Cerita Sebenar

256
0

Baru saja melansungkan perkahwinan pelakon wanita dari Kota S1nga ini Hannah Delisha dibadai dengan masalah keluarga.

Setelah sekian lama aktres ini berdiam diri tapi bagi menjernihkan suasana beliau bangkit bersuara.

Pada mulanya semua berjalan lancar dengan memilih pasangan hidupnya Imam Shah juga seorang pelakon di sana.

 

 

Oleh itu RENTETAN daripada pelbagai kisah perkahwinan dan masalah keluarga terdedah sehingga menimbulkan pelbagai persoalan, aktres Hannah Delisha akhirnya bersuara bagi meredakan keadaan.

Ujar Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, sebagai manusia dia juga tidak dapat lari daripada berdepan masalah peribadi.

“Minta maaf di atas segala perhatian yang tidak diingini terhadap saya pada ketika ini.

“Ya, sama seperti anda saya pun mempunyai masalah peribadi. Saya mohon maaf yang ia sudah sampai ke pengetahuan umum,” katanya.

 

Hannah memuat naik kenyataannya di Insta Story.

Hannah berkata demikian menerusi kenyataan tiga para di Instastory, Instagram miliknya pada Rabu malam.

Sejak awal minggu ini nama Hannah hangat diperkatakan bermula daripada dakwaan apabila perkahwinannya dengan Imam Shah, 32, didakwa tidak mendapat restu ibu Hannah iaitu Noor Asyikin Ahmad.

Selepas itu timbul pula dakwaan kononnya dia menyembunyikan perkahwinan yang dikatakan sudah pun berlangsung pada Februari 2020, setahun lebih awal daripada tarikh Hannah berkongsi foto majlis pernikahan bertarikh 18 Februari 2021.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati mendakwa menantunya itu berdepan masalah dengan ibu kandungnya sejak sekian lama.

Sementara itu dalam kenyataan sama Hannah berkata sebolehnya dia tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadi kepada umum.

“Sejak saya menceburi bidang ini, tujuan dan niat saya memang hanya untuk menghiburkan anda semua menerusi kerja, bukan mengenai kehidupan peribadi saya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menghindarkan diri daripada terpalit dengan cerita gosip dan ingin membanggakan negara kelahiran saya (Singapura).

“Saya harap tujuan dan niat asal saya itu dapat diteruskan seperti biasa… InsyaAllah,” ujarnya.

 

 

Perkahwinan Hannah dan Imam dikatakan tidak direstui ibu aktres tersebut.

Sementara itu, Hannah juga memohon maaf jika kisah peribadinya kini menimbulkan rasa kurang senang peminat dan segelintir pihak.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan yang terbaik dan memberi ruang privasi kepadanya ketika saat sukar ini.

“Sekali lagi saya mohon maaf di atas berita kurang menyenangkan mengenai saya dan keluarga.

“Apa yang saya harapkan ialah doa anda semua dan saya diberikan privasi dalam menghadapi detik-detik sukar ini,” katanya.

Sumber : mstar

Previous articleLelaki Yg Dermakan Hati Kpd Arwh Afiq Tampil Ceritakn Prkara Sebenar Seminggu Selepas Afiq MeninggI Dnia
Next article“Bunyi Tu Jgn Kuat Sangat Nt JPJ Sman” Tegur Netizen.Niaga Bundle Tiba2 Tertidur Masa Buat LiVE.Sekali View Naik MenCAnak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here