Proses SIASATAN terhadap pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, penda.kwa Pencetus Ummah (PU) Riz berhubung dakwaan majlis pernikahan langgar prosedur operasi standard (SOP) belum selesai.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihak Timbalan Pendakwah Raya mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
masih dalam siasatan
“Kertas siasatan telah dihantar kembali kepada kami dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil.
“Kami akan menyerahkan kembali kepada DPP untuk tindakan selanjutnya minggu depan,” ujarnya seperti dipetik The Star.
Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah
Ketua Polis Daerah Dang Wangi
Polis mencadangkan kompaun dikenakan kepada Neelofa dan suami PU Riz.
Menerusi laporan mStar pada 13 April lalu, polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut SOP yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.
Polis membuka kertas siasatan selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Sebelum ini, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Neelofa dan Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .
Sumber : mstar