Home Petua Tips ‘D4rah Terasa Berhenti Mengalir Dan Terus Terduduk’- Doktor Terkejut Pesakit Yang Dirawat...

‘D4rah Terasa Berhenti Mengalir Dan Terus Terduduk’- Doktor Terkejut Pesakit Yang Dirawat Rupanya P0sitif C0v1d-19

1918
0

Perasaan doktor mana yang tidak risau apabila berdepan dengan pesakit yang positif C0v1d-19. Betul tak?

Lebih-lebih lagi mereka tidak mengetahui status kesihatan pesakit tersebut sama ada sudah positif wbak berkenaan ataupun tidak.

Disebabkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul, segala perasaan yang bercampur baur terpaksa diketepikan terlebih dahulu.

Menerusi Facebook Dr Ahmad Samhan, doktor ini berkongsi kisah di mana dia menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa iaitu merawat pesakit. Namun, dia tidak sangka slah seorang daripada pesakitnya p0sitif C0v1d-19.

 

Aku ada anak kecil umur setahun

Bila dapat mesej ini, aku terus terduduk. D4rah terasa berhenti mengalir. Terus terbayang dengan jelas muka makcik chinese itu beberapa hari lepas.

Dia datang kerana gula tinggi dan jatuh di tandas. Antara tanggungjawab sebagai doktor dan belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan. Tiada batuk.  Tiada demam. Tiada sakit tekak. Tiada kontak rapat.

Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad. Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati.

Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif c0vid-19. Rupanya hari ini giliran aku yang jadi mngsa.

Hakikatnya sudah ramai sahabat frontliner mengalami nasib yang sama. Aku dongak ke siling. Bukan sedih dan menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma berfikir apa yang patut aku buat dulu.

Fikirkan aku ada anak kecil baru berumur setahun. Fikirkan bagaimana aku patut kuarantinkan diriku dari keluarga

Fikirkan bagaimana aku mahu beritahu abah dan ma. Semua berputar-putar dibenak fikiran ku. Buntu.

Tanggungjawab terhadap masyarakat

 

Perkara pertama yang aku buat ialah telefon isteri. “Abang exposed dengan patient c0vid dan kena ku4rantin. Nanti tolong sediakan bilik depan. Lepas ambil swab abang balik. Beritahu ku ringkas.

“Baik,bang.” Jawab isteriku dengan ringkas tanpa bertanya lebih lanjut. Sebelum ini aku dah terangkan pada dia andaikata aku kena kuarantin apa perkara yang kami patut buat.

Sebab aku boleh agak lambat laun pasti aku pun tak terlepas. Pekerjaan dan perjuangan ini memang tanggungjawab aku pada masyarakat.

Bismillahirahmanirrahim. Aku gagahkan langkah menuju ke tempat untuk ambil ujian covid. Tempat ini memang dikhaskan pada staff kesihatan yang dijangkiti. Kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran.

Setakat ini sudah lebih 150 orang staff kesihatan alami nasib yang sama. Sementara menunggu giliran, aku dail nombor telefon insan keramat.

“Assalamualaikum ma, ma apa khabar?”“Alhamdulillah sihat. Abe (panggilan di rumah) sihat?”“Sihat. Boleh cakap dengan abah?”, aku sengaja sembunyikan. Aku belum ada kekuatan untuk beritahu ma. Bimbang dia sedih.

Aku rela beritahu abah dulu dan nanti biar dia yang sampai kan pada ma. “Haa, abe nak bagitau apa-apa ke? Ma tu seharian duk gelisah. Dia kata tak sedap hati. Macam ada sesuatu buruk yang jadi.” Abah memangnya cukup faham kalau aku minta bercakap dengan dia. Mesti ada sesuatu.

Sekarang giliran aku pula

 

Ma pula memang dengan naluri seorang ibu yang memang sudah Allah hadiahkan. Gerak hatinya sangat kuat. Tak sempat aku beritahu dia seolah-olah dah tahu segalanya.

“Dr Samhan” Nama aku dipanggil oleh petugas. Selepas beri semua butir peribadi,aku melangkah ke tempat ambil ujian. Aku lihat batang lidi yang panjang dan dihujung ada kapas (cotton bud).

Batang lidi dimasukkan dalam hidung, lama kelamaan makin dalam. Di jolok sampai sentuh dinding belakang. Tanpa sedar aku tolak tangan petugas itu. Tak tahan!

Berair mata aku dan terus berdenyut kepala. Kelihatan ada darah dihujung kapas. Aku tak salahkan petugas. Itu memang tekniknya untuk pastikan ketepatan keputusan.

Selama ini aku yang buat pada pesakit sekarang giliran aku pulak. Baru kau rasa Samhan! Hari ini adalah hari kedua aku dah dikuarantin. Kedengaran suara anak-anak bermain dari luar bilik.

Rindu pula lihat gelagat mereka. Rindu nak peluk cium mereka. Rindu bau mereka. Dapat cuti dan rehat tapi tak dapat bersama mereka adalah satu penyiksaan berat.

Kedengaran suara anak sulung yang berumur 7 tahun bertanya ibunya, “Kenapa baba tak keluar bilik? Baba taknak main dengan Umar ke?” “Baba kena duduk dalam bilik.

Mungkin virus ada dalam badan baba. Nanti kita semua kena”, ibunya cuba jelaskan. Terus mengalir air mata aku ni. Sesekali isteri mengetuk pintu dan letak makanan didepan pintu.

Baru aku faham letihnya bila kena kuarantin. Lebih letih dari letihnya bekerja. Letih fizikal dan mental. Macam duduk dalam kubur tapi hidup. Rasa sihat tapi tak yakin. Dipaksa berehat tapi sebenarnya perasaan seperti sedang berjuang dimedan perang.

Ramai sahabat hadapi situasi yang sama

 

Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Mungkin ini tuhan beri aku waktu untuk aku berehat sementara dari kerja dan dekatkan diri kepada Dia. Sebelum ini, solat pun terkejar-kejar kerana kesibukkan kerja apatah lagi mahu berzikir. Kini Allah beri masa selapang-lapangnya untuk buat apa yang selama ni tak sempat.

Untuk DIA. Aku redha dengan setiap ujian yang Allah berikan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Keputusan ujian pertama sudah keluar. Alhamdulillah negatif dan hari ini aku perlu ambil ujian kali kedua. Ia diwajibkan merana ketepatan ujian ini hanya 80 peratus.

Kemungkinan kemungkinan untuk positif masih ada. Perlu bersedia. Perlu berwaspada.

Bersyukur tapi jangan terlalu gembira. 

Jauh disudut hati aku berdoa agar keputusan ujian kali kedua ini juga negatif. Ya Allah Asy Syafii Yang Maha Menyembuhkan, Ya Qabiidu Yang Maha Menyempitkan dan Maha Menyekat, Kau bantulah kami semua dengan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kami perlu berjuang membantu masyarakat Ya Allah.

Ini kisahku,tapi aku yakin ramai sahabat frontliner juga sedang hadapi situasi ini.

Bukan harapkan belas kasihan, tapi cuma ingin ceritakan realiti sebenar apa yang kami hadapi sebagai frontliner. Virus ini semakin sukar dijejak. Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada covid-19. Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan kerana kami juga insan biasa yang punyai keluarga.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : Dr Ahmad Samhan via ohbulan.com

Previous articlePemergian Datang Dgn Tiba tiba Pendakwah Shadiya Kejutkan Ramai. Status Terakhir Arwh Buat Ramai Sayu
Next articlePenduduk Naik H4ntu Baling Batu Pada Petugas Ambulans,Suruh Gali Semula Kvbur Pesakit C0v l9 Tanam Tempat Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here