Bukan semua orang dilahirkan sempurna. Namun, kita sebagai insan yang diberi rezeki mampu berkomunikasi dengan sempurna perlulah saling membantu buat mereka yang kelainan upaya (OKU).
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang juga pemilik kedai nombor plat kenderaan dikenali sebagai @ajiq_nomborplate apabila berusaha memberikan khidmat terbaik buat seorang pelanggan yang mengalami masalah b1su.
Menerusi video yang dikongsikan, dia memaklumkan yang pakcik tersebut sedikit berang selepas permintaannya untuk membuat plat kenderaan tidak seperti yang diharapkan.
Walaupun sungguh-sungguh menerangkan, namun dia masih lagi tidak berpuas hati. Engg4n mengervhkan keadaan, pengguna TikTok itu telah memeluknya dan terlihat wajah ceria pakcik tersebut.
Dalam kapsyen yang disertakan, @ajig_nomborplate itu mengakui berasa s4yu melihat pakcik berkenaan berusaha menerangkan kepadanya walaupun agak tidak berpuas hati disitu.
Dia membayangkan seperti seorang bapa dan berharap agar pakcik berkenaan terus dirahmati oleh Allah S.W.T.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji tindakan pemuda itu kerana melayan pelanggan dengan baik walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah.
Mereka juga mengakui sedikit sebak kerana tindakannya meredakan pakcik tersebut begitu menyentuh hati. Oleh sebab itu, masing-masin mendoakan agarp perniagaan @ajiq_nomborplate terus dipermudah serta berharap agar dia mengekalkan sikap baik seperti itu.
Sumber: TikTok @ajiq_nomborplate
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/