Home Petua Tips “Deme Ada Dohh Anok Jate…” -Penonton Seb4k, Babak Episod Terakhir Pok Ya...

“Deme Ada Dohh Anok Jate…” -Penonton Seb4k, Babak Episod Terakhir Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti

98
0

Pok Ya Cong Codei:Memburu Siti sebuah drama televisyen Malaysia 2022 arahan dan skrip oleh Sabri Yunus dan merupakan kesinambungan daripada telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati(2018). Selepas Siti menghilangkan diri, Pok Ya tidak pernah berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya.

Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah dicvlik. Pok Ya ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki bakal menjadi pewarisnya.

Moh Sabri Yunus dilahirkan pada 8 September tahun 1961 berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengarah Malaysia. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S.Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri.

Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007. Sabri Yunus memegang watak sebagai Pok Ya di dalam drama ini.

Episod terakhir drama ini menunjukkan setelah Pok Ya sudah menjumpai Siti dan berasa yakin di dalam kandungan Siti anak lelaki, tetapi respon Muda Primula yang dilakonkan oleh Eman Manan mengatakan beliau sudah mempunyai anak lelaki daripada isteri pertamanya yang beliau kahwini iaitu Kalsom. Reaksi Pok Ya terkejut ketika dapat tahu anak lelakinya adalah Halim.

Lihat klip durasi pendek drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Komen netizen:

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan berasa sed1h dengan babak ketika Pok Ya dapat tahu anak lelakinya adalah Halim.

Drama ini juga dapat sambutan yang hangat dari penonton. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 82.7K penonton, 3236 sukaan dan 236 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebaking, Wikipedia dan Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :www.sinarviral.kini.blog

Previous articleNetizen harap jumpa ‘cleaner’ secantik Elizabeth Tan
Next articleHayati Ibu Nyanyi Lagu Sed1h Sudirman, Anak Usia 6 Bulan Terus Cebik Men4ngis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here