Home Petua Tips Akhirnya Perhimpunan Tabligh di Ind0nesia dib4talkan

Akhirnya Perhimpunan Tabligh di Ind0nesia dib4talkan

239
0

JAKARTA – Acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga 22 Mac dibatalkan selepas mendapat bntahan dari semua pihak.

Pegawai Wilayah Gowa, Sulawesi Selatan, Adnan Puricha Ichsan berkata, program yang dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia itu dib4talkan berikutan kebimbangan penulran wbak C0v-19 di negara itu.

“Alhamdulillah, selepas mengadakan perbincangan akhirnya penganjur sepakat acara himpunan dibatalkan atau ditunda ke tarikh yang lebih sesuai.

“Kita khuatir penganjuran program ini akan mengundang penul4ran wbak C0v-19,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Katanya, peserta yang berada di lokasi acara akan diasingkan sebelum dibenarkan pulang ke daerah masing-masing mengikut jadual yang akan disusun.

Semalam, Gabenor Sulawesi Selatan, Nurdin Abdullah berkata, tribuan peserta Ijtima Dunia 2020 Zon Ind0nesia kini berhimpun di Desa Pakkatto, Gowa.

Beliau menganggarkan perhimpunan itu sedang dihadiri kira-kira 8,000 peserta tempatan dan hampir 500 dari luar negara.

Kompas.com turut melaporkan P0lis Daerah Sulawesi Selatan tidak membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan berikutan wabak C0v 19 yang kini menul4r di wilayah-wilayah Ind0nesia.

Peserta antarabangsa dipercayai dari sembilan negara itu tiba di Bandara Internasional Sultan Hasanuddin Makassar sejak akhir bulan lalu sebelum berhimpun di Kabupaten, Gowa.

Sebelum ini dikatakan jemaah tabligh dari Msia bakal pergi ke perhimpunan di Indonesia itu seperti keratan
berita sebelum ini,

Acara Ijtima of Asia 2020 di Ind0nesia yang dilaporkan bakal dihadiri ribuan jemaah tabligh, dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata meskipun pihak kedutaan telah mengeluarkan larangan agar rakyat Malaysia tidak menghadiri program itu, dipercayai berpuluh-puluh orang dilaporkan sudah berada di sana.

“Belum ada jumlah tepat rakyat Malaysia yang menghadiri acara itu, kami sedang berusaha mengesan mereka yang terbabit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berdasarkan notis konsular agar rakyat Malaysia yang berada di Indonesia mendaftar menerusi e-mel dengan kedutaan di mwjakartakln.gov.my atau jkonsulargmail.com, dipercayai turut didaftar ialah beberapa individu yang menyertai acara itu.

Menurut sumber Bernama, sejumlah 83 rakyat Malaysia telah berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.

Sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinar harian

Previous articleLelaki Ini Kongsikan Kisah Abang Kandung Dijangkit1 C0v-19. Moga Jadi Iktibar.
Next article“Masa Tengok Jen4zah Tu Mata dia Terbuka Separuh, Tapi selepas bisik kat telinga…” – Amyzaa Aznan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here