Home Petua Tips “Dia perhati, lepas tu cuba” – Budak 9 tahun tebar roti canai...

“Dia perhati, lepas tu cuba” – Budak 9 tahun tebar roti canai macam pro, mak ayah bagi green light kalau besar nanti nak bisnes

100
0

KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Begitulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan kemahiran menebar roti canai yang dimiliki kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, Munirah Mustafa berkata, anak tunggalnya Muhammad Harith Rifki Helmi, 9, sudah mula pandai menebar roti canai sejak berusia tujuh tahun.

“Kami memang berasal daripada keluarga yang berniaga makanan. Dah berbelas-belas tahun berniaga makanan di bazar, sertai ekspo dan tender di kantin atau kafeteria.

“Kalau berniaga di bazar, memang kami buat murtabak dan roti canai. Sejak berusia lima tahun lagi dia dah mula ikut kami berniaga. Dia akan perhati bapanya, menebar roti canai dan kemudian dia pun cuba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu, kami tebar roti canai dan ketika itulah dia mengasah lagi kemahirannya sehingga dah dapat rentak,” cerita wanita berusia 38 tahun ini.

Munirah berkata ketika ini dia, suami dan keluarganya membuka sebuah kedai makan berkonsepkan medan selera, Warung Pening Lalat yang terletak di Meru, Klang sejak empat tahun lalu.

tebar 1

Harith menunjukkan kemahiran menebar roti canai di warung milik ibu bapanya.

“Warung kami berkonsepkan ‘food court’. Ada macam-macam jenis masakan seperti makanan barat, aneka sup, roti canai dan pelbagai menu lain. Menu ‘signature’ adalah shell-out dan char kuey teow. InsyaAllah tak lama lagi bakal ada menu baru, tomyam gung.

“Hampir 80 peratus masakan di warung dimasak oleh keluarga saya. Tapi roti canai tu vendor punya. Pada waktu video dirakam seperti yang dimuat naik di Facebook beberapa hari lalu, kebetulan hari itu vendor cuti, jadi Harith yang tebar,” ujar wanita ini lagi.

dram

Selain menebar roti canai, Harith berbakat bermain dram dan sering berkongsi videonya di saluran YouTube, Ayish WPL Drummer.

Tambah Munirah, dia dan suami sememangnya tidak pernah mem4ksa anak tunggal mereka agar mempelajari kemahiran menebar roti canai, sebaliknya minat tersebut datang sendiri daripada kanak-kanak berkenaan.

“Suami lagi suka anak kami kuasai apa jua jenis kemahiran. Tapi dia memang mahu terapkan kemahiran berniaga kepada Harith. Alhamdulillah, setakat ini memang nampak minatnya yang cenderung untuk terlibat dalam bisnes keluarga.

“Tapi selain pandai menebar roti canai, Harith juga sangat meminati muzik dan seni Muay Thai. Di rumah kami ada sebuah studio mini sebab Harith suka main dram.

Alhamdulillah, setakat ini memang nampak minatnya yang cenderung untuk terlibat dalam bisnes keluarga.

MUNIRAH MUSTAFA

IBU

“Setiap kali selepas habis berniaga di warung pada waktu malam, mesti dia ajak ayahnya layan dulu main dram sebelum masuk tidur,” cerita Munirah lagi.

Sebagaimana ibu bapa yang lain, Munirah dan suaminya juga meletakkan harapan agar anak tunggal mereka dapat berjaya dalam apa jua bidang kemahiran.

muay thai

Harith turut meminati Muay Thai.

“Harapan kami, biarlah Harith berjaya di dunia dan akh1rat. Apa pun, kami berharap agar dia meneruskan legasi dan kembangkan lagi bisnes pada masa depan, InsyaAllah.

“Bagi pendapat saya, setiap ibu bapa wajar menyokong apa jua minat anak-anak. Tak kisahlah bidang masakan, muzik dan sebagainya. Mana yang boleh bawa dia pergi jauh, kita sokong dan guide mereka,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Rupanya dah dua minggu saya kendong bayi meningg4l”- Suami Nak pengs4n, Sedih Isteri Kegugvran
Next articleKekalkan Fizikal Sihat, Syafiq Kyle Pilih Main Bola Bagi Jaga Stamina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here