Home Viral Diana Danielle dan Farid Kamil tak jadi brcerai,sekali Diana buat pendedahan ini

Diana Danielle dan Farid Kamil tak jadi brcerai,sekali Diana buat pendedahan ini

266
0

Diana Danielle dan Farid Kamil tak jadi brcerai,sekali Diana buat pendedahan ini

Shah Alam : Pelakon Diana Danielle, 32, enggan menarik nafas lega lebih awal berhubung kes perceraiannya dengan suami, Farid Kamil, 42, yang digambarkan bakal terlerai, Khamis ini.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson ketika ditemui berkata, dia hanya berharap kemelut rumah tangga mereka itu dapat berakhir dengan aman dan baik demi anak-anak.

“Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal dengan hubungan baik demi anak-anak, demi silaturrahim kami. Saya berdoa agar kami capai kata sepakat ke arah pengakhiran yang baik.

Apapun kita doakan mereka membuat keputusan yang bijak demi anak anak dan semoga Farid Kamil dan Diana Danielle tidak jadi bercerai.

Lihat video

“Saya hanya akan lega jika ia betul-betul sudah berakhir (cerai). Cuma, sekarang ini saya masih dalam keadaan menunggu keputusan. Insya-Allah, saya bersangka baik saja,” katanya ketika ditemui media selepas hadir pada sebutan kes tuntutan hadanah interim membabitkannya dan suami, Farid di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama, peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dan peguam Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Ditanya mengenai debaran di hatinya berhubung kes perceraian berkenaan, Diana berkata, dia tidaklah berdebar, namun perkara itu membabitkan keluarga termasuk hati dan perasaan banyak pihak.

“Debaran masih kencang? Taklah berdebar, cuma benda-benda ini membabitkan keluarga. Jadi, ada jugalah rasa sentimen tinggi kerana berkaitan hati dan perasaan. Ia membabitkan banyak benda dan masa depan yang memerlukan kita kena mengambilnya sebagai serius,” katanya.

Apapun, Diana bersyukur sepanjang kes tuntutan perceraian itu berlangsung, dia dan Farid dapat menjalankan tanggungjawab hak penjagaan dua anak mereka dengan baik.

“Hak penjagaan anak setakat ini semuanya baik. Tiada masalah dan lancar. Saya pun tak nak menyulitkan apa-apa. Namun, saya tak nak banyak cakap sangat sebabnya pihak sebelah sana (Farid) pun tiada di sini. Jadi, biarlah saya kurang bercakap,” katanya.

Keputusan kes perceraian Farid dan Diana bakal diketahui Khamis ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari yang difailkan pelakon filem Imaginur itu pada 10 Mac lalu.

Mengikut laporan media sebelum ini, memaklumkan alasan diberi Diana untuk bercerai adalah mereka tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber : utube , hmetro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Koo ada masalah apa dengan aku” nak cari rezeki main kepala bapakk pula,sekali Ali Puteh komen
Next article“Saya reda” akhirnya perkahwinan selama 34 tahun berakhir,ND Lala sudah lafaz cerai pada ibu Shila

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here