Home Petua Tips Diari ibu ded4h segalanya, wanita ini tak pernah putus asa ubah nasib...

Diari ibu ded4h segalanya, wanita ini tak pernah putus asa ubah nasib keluarga… sedih imbau saat makan nasi berkuah air, baju burvk punca tiada kawan di sekolah

89
0

PENGALAMAN merasai kesusahan ketika di zaman persekolah sudah menjadi memori pahit bagi sesetengah orang.

Apatah lagi jika diuji dengan masalah kewangan keluarga yang sentiasa tidak mencukupi sehingga membuatkan suasana belajar di sekolah tidak sempurna.

Begitulah apa yang diceritakan semula oleh Hasnoor Hashim, 27, mengenai kepayahan hidupnya di zaman sekolah sehingga meraih perhatian warganet di media sosial yang turut berkongsi cerita sedih mereka.

Bercerita lanjut, wanita yang mesra disapa Elly ini turut menceritakan semasa di zaman sekolah rendahnya, dia pernah melihat ibunya, Norafizah, 55, menangis meluahkan kesusahan hidup di dalam diari miliknya.

Menurut wanita yang menetap di Kemasek, Kemaman di Terengganu ini, itulah antara penyebab dia berusaha keras mencari rezeki untuk memastikan keluarganya keluar daripada kepompong kesusahan.

“Masa darjah dua, saya ada jamuan makan di sekolah. Jadi saya beritahu ibu kena bawa kuih. Tapi saya tahu keluarga kami tak mampu, jadi saya minta ibu sediakan jemput-jemput (cekodok) saja.

“Ibu saya cuma diamkan saja. Tapi saya ada nampak lepas tu dia menulis diarinya sambil menangis. Jadi saya yang masih budak ni dengan penuh rasa ingin tahu telah cvri-cvri baca diari itu.

Foto ibu bapa yang membesarkan Elly sejak dari kecil lagi.

“Ibu saya meluahkan rasa terkilan dan sedih sebab tak mampu nak penuhi permintaan saya walaupun hanya cekodok untuk dibawa ke jamuan di sekolah. Paling sedih bila ibu tulis yang dia rasakan dirinya ibu yang tak berguna,” jelas Elly.

Jelas ibu kepada tiga anak ini, bapanya dahulu hanya bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya pula bekerja di sebuah kedai makan.

Duit belanja di sekolah 20 sen setiap hari. Jadi saya alas perut dengan beli air saja di sekolah.

ELLY

Tambah Elly, kesusahannya bersama 11 lagi adik beradik sudah berada di tahap terpaksa memakan nasi dengan air sebagai kuah.

Bukan itu saja, sewaktu di sekolah Elly tidak mempunyai kawan kerana keadaan pakaian sekolahnya yang sudah lusuh dan burvk.

“Bila abah kerja, kadang dia tak balik rumah jadi mak tak ada duit. Kami adik beradik masa tu terpaksa makan nasi berkuah air kosong sementara tunggu abah balik.

“Rumah Elly ada seterika tapi dah rosak. Jadi pergi sekolah memang baju kedut teruk sangat. Nampak susah betul masa tu sampai tak ada orang nak kawan. Jadi saya duduk meja belakang sekali.

“Duit belanja di sekolah 20 sen setiap hari. Jadi saya alas perut dengan beli air saja di sekolah. Orang lain siap ada mak ayah datang waktu rehat bawakan bekal makanan. Saya sedih tengok keadaan tu sebab tak dapat merasai semua itu jadi saya akan balik ke kelas menangis sendirian tapi lama-kelamaan saya mula faham tentang kesusahan keluarga,” ujar Elly.

Elly sudah mempunyai tiga orang anak sepanjang usia perkahwinannya.

Ujar Elly lagi, lebih memeritkan apabila dia terpaksa merahsiakan keadaan kasutnya yang bukan sahaja terkoyak, malahan tapaknya juga tercabut.

Kataya, walaupun pelbagai dugaan dilaluinya di zaman persekolahan, dia tetap berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarga.

“Ada satu hari tu saya naik basikal dengan abang ke sekolah. Bila sampai sekolah semua buku saya hilang, tak ada satu barang pun dalam beg. Rupa-rupanya beg saya dah reput sampai terkoyak sebab bawa buku berat.

“Dalam perjalanan pulang selepas abang hantar saya ke sekolah, dia ternampak banyak buku di jalan dan selepas dibelek ada nama saya pada buku-buku itu. Abang kutip semula setiap buku saya yang jatuh dan hantar semula pada saya,” katanya.

Kata anak kelima ini, kehidupan mereka sekeluarga sedikit senang apabila bapanya melakukan dua pekerjaan iaitu memandu lori dan menyewakan sistem bunyi (PA system).

“Alhamdulillah masa sekolah menengah keluarga saya dah tak susah sangat sebab ayah buat dua kerja. Tapi saya kesian pada abah sebab dia ada gout jadi tak boleh bawa lori lama-lama sebab kaki membengkak,” kata Elly.

Bagaimanapun, jelas Elly yang sudah berkahwin pada 2014 bersama suaminya Emirza, kehidupannya berubah setelah bekerja dalam bidang andaman dan membuka kedai jualan barangan terpakai bundle di Kemaman, Terengganu.

Akuinya, kesusahan semasa zaman kanak-kanaknya telah menjadi punca dan penyebab dia berusaha dengan bekerja keras sehingga berjaya kini.

Malah, dia menjadikan bapanya sebagai contoh dan tauladan untuk dirinya berjaya dan tidak membiarkan anak-anaknya merasai kesusahan sepertinya suatu ketika dahulu.

Elly kini bekerja dalam bidang solekan pengantin dalam pada masa yang sama membuka jualan bundle.

“Saya bekerja keras cari rezeki demi anak-anak saya. Saya tak nak mereka hidup susah macam saya dulu. Sekarang rezeki saya pun OK sikit boleh bantu adik-adik dan ibu bapa saya juga.

“Saya jadikan pengalaman saya yang pahit tu semua sebagai penguat semangat saya. Bila saya rasa down atau tak bersemangat, saya akan ingat semula semua tentang kesusahan dahulu agar saya dah tak kembali hidup macam dulu semula,” jelas Elly menamatkan kisahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/2

Previous article“Jauh Eh Lagu Ni Travel,” – [VIDEO] Trend Lagu Gatal Viral Lagi, Kini Sudah Sampai Ke Luar Negara
Next articleBukan free gift, tapi ‘sampah’ bers1sik 1.5 meter! G4dis cem4s jumpa kvlit ul4r dalam kotak gaming chair dibeli online… peniaga sila ambil perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here