Home Petua Tips Kapal Yang Bawa 300 Pelarian R0hingya Gagal Dikesan.Sebelum Ini Berlindung Di Pulau...

Kapal Yang Bawa 300 Pelarian R0hingya Gagal Dikesan.Sebelum Ini Berlindung Di Pulau Koh Adang

242
0

KAPAL membawa kira-kira 300 pelarian R0hingya yang didakwa berselindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand sebelum ini, kini gagal dikesan.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal berkenaan tidak lagi dikesan berada di pulau berkenaan.

“Setakat ini tidak pasti di mana kapal itu berada, kemungkinan ia berpatah balik menuju ke Myanmar atau Bangladesh.

“Bagaimanapun pemantauan dan pemeriksaan akan dijalankan bagi mengesan warga asing yang dibawa masuk melalui perairan negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 10 Jun, kapal berkenaan didapati berselindung di sebalik pulau berkenaan iaitu kira-kira 26 batu nautika dari Pulau Langkawi.

Difahamkan, kapal yang dikendalikan sindiket penyelvdupan pendatang terbabit sudah berada di perairan Thailand sejak empat bulan lalu selepas bertolak dari Cox Bazar, Bangladesh pada Februari lalu.

Mereka didapati berselindung di belakang Pulau Koh Adang dan dipercayai sedang menyusun strategi untuk masuk semula ke perairan negara.

Sebanyak dua kapal yang membawa pelarian ini bergerak pada Februari lalu, namun salah satu kapal mengalami masalah enjin dan bocor di perairan Malaysia 8 Jun lalu.

Sumber : hmetro

Previous articleSekeluarga dilangg4r pacuan empat roda.Kali ini pemandu pacuan bukan m4buk tapi ketagih lain pula
Next article“Nak Kur4ng Ajar Dgn Org Tua Pun Dia Takut Inikan Pula Romp4k Bank” Luahan Abang Suspek.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here