Home Petua Tips Dikatakan ‘Anak Emas’ TV3? Siapa Sebenarnya Sharifah Rose! Ini Biodata Sebenar Yang...

Dikatakan ‘Anak Emas’ TV3? Siapa Sebenarnya Sharifah Rose! Ini Biodata Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

87
0

Pelakon Sharifah Rose, 24, tidak melatah apabila dia terus dikaitkan menjadi ‘anak emas’ TV3 kerana sering mendapat peluang menjayakan watak utama sebagai ‘heroin’ dalam drama dihasilkan untuk stesen itu.

Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata dia masih lagi belajar berlakon dan tawaran watak heroin diperoleh itu baginya adalah rezeki daripada Allah.

“Saya tak pernah anggap diri saya ‘anak emas’ TV3. Mungkin, semuanya bermula ketika drama pertama saya, Kekasih Hati Mr Bodyguard yang mendapat perhatian ramai penonton.

“Mungkin dari situ, stesen TV perasan lakonan saya dapat tarik penonton dan mereka terus beri peluang untuk membintangi drama lain pula. Setakat ini, saya pun baru ada tiga drama di TV3,” katanya.

Selain Kekasih Hati Mr Bodyguard, Sharifah Rose juga muncul dengan drama 3 Nota Cinta sebelum ini bersama Ashraf Muslim dan terbaharu, Do You Love Me, Captain? dengan pelakon Ali Rezark.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan tawaran ini dan berusaha memberikan lakonan terbaik. Walau dikrit1k penonton, saya okey dan menerima dengan positif. Bagi saya, kritik4n itu tak patahkan semangat.

“Ia sebenarnya lagi menjadikan penyuntik semangat untuk saya terus belajar memantapkan mutu lakonan. Saya pun tak ambil hati apabila dikrit1k penonton.”

“Sebabnya, kadang-kadang memang saya ada berbuat salah, tapi tak sedar. Pada saya, mungkin ingat dah buat yang betul, tapi penonton bijak menilai. Jadi, saya perlu belajar untuk buat lebih baik lagi,” katanya.”

Melakonkan watak Daneena, seorang juruterbang, drama Do You Love Me, Captain? disiarkan di slot Lestary TV3 mulai 13 April lalu dari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam yang diarahkan Adam Hamid.

10 Fakta Sharifah Rose Yang Ramai Tak Tahu!

1. Merupakan anak kepada pasangan Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar (bapa) dan Noraini Dahlan (ibu) yang berdarah kacukan Arab daripada sebelah bapa, manakala ibunya berdarah Melayu-Jawa.

2. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, seterusnya melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Perniagaan (Pemasaran) di UOW Malaysia Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) KDU, Glenmarie, Shah Alam dan Asasi Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dengkil, Selangor.

4. Pernah mengambil kelas lakonan bersama pelakon Ellie Suriaty dan Nabila Huda dalam usaha meningkatkan mutu persembahan lakonan.

5. Sebelum mendekati seni lakonan, namanya terlebih dahulu diperkenalkan sebagai model pada tahun 2016 untuk peragaan jenama-jenama fesyen muslimah.

6. Pernah digosipkan berhubungan cinta dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid, namun ikatan mereka dikatakan sudahpun berakhir.

7. Selain berbakat dalam dunia peragaan dan lakonan, Sharifah juga mempunyai minat dan kemahiran melukis.

8. Beliau menzahirkan minat dalam bidang nyanyian, namun kekurangan bakat membataskan impian itu.

9. Seorang yang bertubuh kecil dengan ketinggian yang rendah, walaupun kelihatan sebaliknya dalam perkongsian gambar di Instagram.

10. Ramai yang sangkakan dirinya berperwatakan lembut, sedang hakikatnya seorang yang garang dan tegas!

SumberSumber : Instagram Sharifah Rose

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : www.gengkepoh.net/

Previous articleZul Ariffin Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri – “Tak Pernah Terbayang Saya Akan Dapat Hadiah Hebat Seperti Ini.”
Next article“Semua kena suka…,” – [VIDEO] Gelagat PU Riz dan Neelofa buat ramai terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here