Setiap manusia mempunyai kelemahan yang tersendiri di dalam diri mereka, tak kira tua muda atau sesiapa sahaja.
Semenjak 28 April lalu, tular satu video pendek dari aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang gadis ‘spill the tea‘ mengenai penyanyi Nabila Razali yang dikatakan telah diberikan masa selama setahun untuk berlatih menyanyikan lagu tetapi masih tiada pembaikan dalam suaranya.
I would go hug Nabila Razali now yknow 😭 pic.twitter.com/RgbaXmeoqv
— Ini Rokiah Tau!! (@OwToTheZie) April 27, 2021
“My lecturer said that she has a whole year to practise for 1 song and she still tak improve. While Saloma, isteri P Ramlee, dapat satu lagu and she only needs 1 day and then dia dah boleh perform on stage.
“Nampak kan dekat situ popularity over quality kan?
Disebabkan video tersebut, Nabila telah mengambil keputusan untuk membuka mulut dan membela maruah dirinya.
Dalam masa yang sama, Nabila turut tidak mengetahui apa maksud dan tujuan video tersebut dihasilkan dan walaupun sebelum ini beliau tidak ambil pusing mengenai isu begitu tetapi kali ini beliau perlu bersuara tentang beberapa perkara.
Sebelum ini, sememangnya Nabila telah ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua semasa berada di pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).
Nabila sendiri mengakui bahawa beliau telah cuba yang terbaik pada malam tersebut tetapi ketika itu tahap kesihatan beliau tidak mengizinkan.
Semoga apa yang terjadi ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar tidak bercakap buruk tentang seseorang.
Nak tegur tu tak salah cuma jangan lah sampai menjatuhkan maruah orang lain okay!
Sumber foto dan video: Instagram Nabila Razali
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/