Home Petua Tips “Tak boleh beraya di kampung” – PKP dilanjutkan hingga 12 Mei, tapi...

“Tak boleh beraya di kampung” – PKP dilanjutkan hingga 12 Mei, tapi ada juga berita baik PM umumkan

248
0

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang berakhir pada 28 April ini disambung sehinga 12 Mei 2020.

Muhyiddin mengumumkan hal itu menerusi perutusan khas pada Khamis malam.

“Saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.

‘Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.

‘Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung.

“Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam perutusan sama, Muhyiddin mengumumkan sedikit kelonggaran untuk membawa pulang pelajar-pelajar yang masih berada di kampus.

Keduanya, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi mereka yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Jumaat (24 april 2020) sebagai tarikh permulaan puasa bagi umat Islam seluruh Malaysia.

Perutusan khas Ramadan yang disiarkan secara langsung di seluruh negara.

 

Sumber : mstar

Previous article“Selayang kena PKPD sebab dorangla” – Netizen Minta Kerajaan Stop Ambil Rohingya Sblm Dorang Makin Ramai Dan Makin ‘Besar Kepala’
Next article‘Berkahwin di Selatan Thailand?’ Ini Respon Janna Nick

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here