Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan tamat Khamis ini di lanjutkan sehingga 9 Jun depan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Beliau berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi PKPB akan kekal berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu lagi.
Pengumuman itu dibuat dalam Perutusan Khas sebentar tadi.
Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khasnya memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan bagi tempoh 4 minggu lagi.
PM memaklumkan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung bagi sambutan hari raya tidak dibenarkan.
Bagaimanapun kerajaan membenarkan ziarah menzirahi utk hari raya dlm negeri dengan maksimum 20 orang dalam satu
masa.
Usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya, langkah masih perlu diambil untuk perangi wabak ini.
Rakyat mahukan kerajaan ambil langkah wajar perangi wabak ini.Atas nasihat KKM dan MKN, saya umumkan PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun iaitu 4 minggu lagi.
Antara berita terbaik yang diumukan PM kita , negara kita jatuh nombor ke 4 di dunia dimana rakyat yang paling
patuh dalam menjaga dan mematuhi tentang COVID 19 ini.
2.3 Juta Permohonan BPN telah diluluskan kali ini dan sebanyak 10.6 Juta akan diberikan.Sementara rayuan boleh
dibuat untuk BPN sehingga 9 Jun 2020.
Sementara itu sebanyak 11 Billoin telah di berikan BPN sebelum ini.
Ujar PM tentang penghasilan Vaksin untuk Covid 19 memang mengambil masa yang lama lebih kuran 12 bulan.
Bagi umat Islam yang hendak solat berjemaah di masjid kerajaan akan membuat usul dan akan dibentangkan pada Agong
dan mesyuarat raja raja pada masa terdekat.
Namun begitu rentas negeri untuk menyambut raya atau perayaan lain tidak dibenarkan lagi.