Bercakap tentang bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri pada hujung tahun ini cukup meruntun jiwa. Mana tidaknya, ramai sekali penduduk yang terkesan kehilangan tempat tinggal serta harta benda dalam sekelip mata sahaja. Habis kenderaan yang digunakan untuk bergerak ke sana sini ditenggelami air dan total lost.
Ini yang akan terjadi bila korang balut kereta dengan baik waktu musim banjir
Sejak itu, tular beberapa posting mengenai langkah atau tips berguna untuk menyelamatkan kenderaan ketika musibah ini melanda. Antara caranya adalah dengan ‘membungkus’ kereta dalam sebuah plastik besar yang boleh dibeli secara online. Pada awalnya, ramai yang menyangka cara tersebut hanya diguna pakai oleh penduduk di negara jiran sahaja.
Kereta sebelah tu kereta ayah saya…Bukan dekat Thailand tapi di Kemaman, Terengganu saja
Namun rupa-rupanya rakaman sewaktu kereta tersebut dikeluarkan dari bungkusan plastik adalah berlaku di Malaysia sendiri. Menerusi satu posting di Facebook, seorang wanita bernama Rogayah mendedahkan kenderaan berkenaan adalah milik ayahnya. Langkah tersebut diambil ketika daerah Kemaman dilanda banjir pada tahun 2014 lalu.
Kalau macam ni bukan takat kereta boleh selamat tapi alat elektrik pun sama…Nak balut rumah jugaklah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya apabila mengetahui video tersebut adalah dari negara ini. Dalam pada itu, ramai berpendapat cara tersebut adalah sangat efektif dan juga praktikal ketika musim banjir.
Sumber:TikTok MaGoShahril, Facebook Rogayah Chik & stzabr
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.applehijau.com/