Penyanyi Datuk Nora Ariffin berangkat ke tanah suci hari ini bagi menunaikan ibadah umrah, berita ini dikongsikan sendiri oleh Nora di Instagram nya menarik perhatian orang ramai di media sosial.
Tunai Umrah Bersama Anak Dan Suami
Menerusi perkongsian tersebut, Nora memohon maaf atas sebarang kesil4pan yang dilakukannya sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja dan meminta agar orang ramai mendoakan diri beliau sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah yang mabrur di tanah suci.
View this post on Instagram
“Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap (sengaja/tidak sengaja), halalkan apa yang dimakan/diminum/diambil.
Doakan saya selamat sampai ke destinasi, dapat menunaikan ibadah umrah, puasa dengan sempurna, diberikan kesihatan yang baik, dilindungi Allah SWT setiap masa dan mendapat umrah yang mabrur. Aaminn.” tulisnya
Netizen Titip Doa Buat Nora Sekeluarga
Melihat muatnaik terkini selebriti tersebut di Instagram, ramai yang menitip ucapan dan doa agar urusan Nora sekeluarga dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.
“Moga Allah mudahkan ibadah umrah Dato Nora dan keluarga..”
“Alhamdulillah. Selamat pergi dan kembali, dapat umrah yang mabrur”
“Alhamdulillah.. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan semuanya. Aminn”
“Syukur alhamdulillah moga Allah permudahkan segalanya buat Nora, suami dan anak untuk ibadah umrah dan di beri kesihatan yang baik..” komen mereka
Untuk rekod, Nora menjalani ibadah umrah bersama suaminya Dr Rushdi Ramli dan anak ketiganya Putri Nur Dahlia. Semoga Nora sekeluarga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan sepanjang di tanah suci.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.gengkepoh.net/