Meskipun dua kali gagal dalam rumah tangga, bagaimanapun pelakon Zarina Anjoulie tidak tertekan mahupun malu memegang kembali status janda.
Ujarnya, ramai lagi ibu tunggal di luar sana mampu membesarkan anak mereka hingga berjaya. Zarina berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada keluarga dan anaknya.
BACA: Zarina Anjoulie Menangis Sempat Beli Baju Raya RM800 Untuk Bekas Suami
“Anju tak kisah pun jadi janda lagi sekali, lain la kalau saya tak ada wawasan atau cita-cita. Sekarang ni matlamat utama hidup Anju adalah untuk menjaga ibu bapa dan anak saya.
“Lagipun buat apa nak takut, tahu tak berapa ramai ibu tunggal di luar sana yang mampu membesarkan anak hingga mereka berjaya masuk ke universiti?” ujarnya.
Minggu lalu, Zarina mengesahkan bercerai lagi dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar selepas dua bulan rujuk semula.
Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.rotikaya.com/