Home Petua Tips Dua kali berpisah dengan isteri, lelaki ini men4ngis hantar anak ke tadika…...

Dua kali berpisah dengan isteri, lelaki ini men4ngis hantar anak ke tadika… mahu bina semula keluarga buat kali ketiga! – “Ini jalan terbaik”

119
0

HARI pertama sesi persekolahan pastinya mengundang drama air m4ta anak-anak.

Namun berlaku sebaliknya baru-baru ini apabila air mata seorang bapa berjurai saat menghantar anak lelakinya ke sebuah tadika.

Menerusi video yang tular di media sosial, si anak kelihatan cukup tenang di tadika, manakala lelaki berkenaan berulang kali mengesat air m4tanya.

Bercakap kepada mStar, ibu kepada kanak-kanak itu, Natasha Syahierra Omar berkata, dia menghantar anak pertamanya berusia lima tahun pada hari pertama persekolahan di sebuah tadika di Cheras, Isnin lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, lelaki yang men4ngis itu sebenarnya merupakan bekas suami yang juga bapa kandung kepada anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Daddy (bekas suami) sangat rapat dengan anak. Jadi, melihat momen anak masuk tadika buat daddy sebak sampai men4ngis.

“Men4ngis terharu pun ya sebab anak kami langsung tak men4ngis. Dia pandai bawa diri walaupun pertama kali masuk sekolah,” katanya ketika dihubungi.

daddy menangis anak tadika 2 W

Muhaimin (kiri) bersama anaknya.

Mengimbas kembali, Natasha berkata, dia dan bekas suaminya berkahwin pada 2016, namun berpisah setahun kemudian selepas melahirkan anak.

“Kami bernikah semula pada 2019 sebelum berpisah lagi pada 2020. Buat masa ini, anak tinggal bersama saya dan ibu di Cheras.

“Walau berpisah, hubungan kami tetap baik dan daddy merupakan bapa yang sangat bertanggungjawab dari segi nafkah dan kasih sayang,” katanya.

daddy menangis anak tadika 3 W

Keakraban ibu (kanan) dan anak.

Sementara itu, bekas suami Natasha, Muhammad Muhaimin Mazan mengakui t4ngisannya itu antara lain turut mengenangkan ‘sejarah’ yang berlaku sehingga menyebabkan dua kali keretakan rumah tangga.

“Perasaan saya bercampur baur. Bila nampak je anak naik tangga sekolah tu sebab kami ibu bapa tak dapat ikut ke kelas kerana SOP (prosedur operasi standard), saya terus seb4k.

“Walaupun mummy (bekas isteri) dan daddy dah berpisah, kami beritahu anak supaya pandai jaga diri. Kami bersyukur sebab dia seorang anak yang sangat mendengar kata,” tambahnya.

daddy menangis anak tadika 6

Anak turut dibesarkan oleh ibu Natasha (kanan).

Menyifatkan anak lelakinya berperwatakan ceria dan tenang, Muhaimin yang bekerja dalam bidang jana kuasa berhasrat untuk menjadi bapa yang lebih bertanggungjawab.

“Saya mahu yang terbaik buat anak saya. Saya mahu memberi lebih perhatian kepada anak selepas ini,” ujarnya.

Saya mahu yang terbaik buat anak saya. Saya mahu memberi lebih perhatian kepada anak

MUHAMMAD MUHAIMIN MAZAN

Dalam pada itu, Natasha berkata, dia dan bekas suami merancang untuk disatukan kembali sebagai suami isteri menjelang akhir Februari depan.

“Yang lepas adalah kesilapan dan ego masing-masing tanpa berfikir panjang. Bila anak dah besar, baru kami sedar ego telah merosakkan segala-galanya.

“Keputusan untuk bersama kembali adalah jalan yang terbaik. Dan seterusnya memberikan perhatian penuh kepada anak, melihat dia menjadi anak yang berjaya,” tambahnya.

daddy menangis anak tadika 4 W

Muhaimin (tengah) dan Natasha (kanan) bersama anak mereka.

Natasha yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) tidak menyangka video yang meraih lebih 950,000 tontonan di aplikasi TikTok itu dihujani sokongan netizen.

“Kami amat berharap semua orang mendoakan kebaikan buat kami bertiga. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami yang baik-baik,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Jangan malu naik motor,” – Pemuda pec4h tabung duit kahwin, setahun berjaya kumpul RM19,000
Next articleSendirian di rumah, wanita sarat hamil pelik rider minta izin nak masuk… rupa-rupanya sebab bi4wak – “Check CCTV, dia sanggup patah balik”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here