ACAP kali kita mendengar k3s anak kecil did3ra pengasuh.
Tapi kisah kali ini berbeza apabila pengasuh men4ngis kerana terp4ksa melepaskan anak jagaannya kembali ke pangkuan keluarga.
Mana tidaknya, kanak-kanak yang sudah dijaga lebih dari dua tahun itu ditatang bagai anak sendiri.
Bercerita kepada mStar, Fazlyn Mohamad berkata, dia sama sekali tidak menyangka anak yang dipanggil Wilda itu akan disayanginya sepenuh hati.
View this post on Instagram
“Dia merupakan anak pekerja kepada kawan mama saya.
“Mereka berasal dari Yala di Thailand dan bekerja sebagai tukang masak di sini. Jadi disebabkan tiada pengasuh, mereka meminta pertolongan saya dan mama.
“Kebetulan pula, saya menjalankan perniagaan online jadi sepenuh masa berada di rumah,” ujarnya ketika dihubungi.
Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu lagi, pada awalnya dia menolak kerana tidak berpengalaman menjaga kanak-kanak selain bimbang perkara tidak diingini berlaku apatah lagi pada masa itu Wilda baru berusia setahun.
Wilda sering dibawa berjalan-jalan.
Malah umurnya sendiri ketika diminta mengasuh, baru menginjak usia 24 tahun.
“Namun disebabkan keadaan ibu bapa Wilda yang mendes4k, saya pun cuba mengasuh dan tidak sangka dalam beberapa hari menjaganya… perasaan sayang tu timbul.
“Jadi dia dijaga dengan rapi seperti anak saya sendiri.
“Ke mana saja saya pergi, pastinya Wilda akan ikut. Dia juga tidur bersama saya kerana kerja ibunya di kedai makan habis pukul 1.30 pagi dan ketika itu Wilda sudah pun tidur.
“Kerana kesian dan mengelakkan Wilda dikejut awal pagi, saya meminta izin supaya dia terus tidur bersama saya dan dihantar pulang jam 8 pagi keesokannya,” lu4hnya.
Kehadiran Wilda menceriakan suasana.
Tambahan pula katanya, rumah keluarga Wilda tidak jauh dari rumahnya.
Bercerita tentang sikap Wilda yang berjaya menambat hati nuraninya sebagai seorang ibu, ujarnya yang mesra dipanggil Lyn, kanak-kanak yang kini berusia tiga tahun itu sangat manja dengannya dan keluarga.
“Dia juga tidak meragam dan banyak kerenah. Saya jaga dia daripada dia tidak boleh bercakap sehingga petah dan daripada tidak boleh berjalan… kini sudah boleh berlari.
“Wilda memanggil saya Alin kerana dia tidak boleh menyebut Cik Lyn,” ujarnya yang masih belum mendirikan rumah tangga.
Disebabkan Wilda akan memulakan sesi persekolahan di Yala, ibunya terpaksa membawa dia pulang ke sana.
Wilda dijaga lebih dua tahun.
Mereka mula berangkat pada 28 April lalu.
“Video yang saya muat naik di laman TikTok direkod pada hari mereka akan bergerak ke sana.
“Walaupun berasa berat untuk melepaskan Wilda pergi, tapi saya kena akur kerana di sana, umur tiga tahun sudah dimasukkan ke sekolah.
“Masa berpisah tu, dia menunjukkan reaksi pelik dan hanya berdiam diri… mungkin sebab terkejut melihat saya dan keluarga men4ngis,” imbasnya yang sering membuat panggilan video bersama Wilda walaupun talian sering terganggu.
Tambahnya, perkara yang paling dirindui ialah rutinnya sebagai ‘ibu’ kepada Wilda.
“Memang terasa sangat ketiadaan dia, sebab Wilda selalu tidur dengan saya… tapi sekarang apabila saya bangun pagi, dia sudah tiada di tepi.
“Rutin buat svsu bila bangun pun tiada.
“Kehadiran dia sebelum ini membuatkan rumah yang dihuni bersama mama dan kakak menjadi riuh. Iyalah, dia masih ‘baby‘ ketika itu, jadi memang tidak rasa sunyi,” luahnya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
Fazlyn menjaga Wilda seperti anak sendiri.
Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok ditonton lebih 134,300 pelayar.
Rata-ratanya meninggalkan komen sed1h kerana pernah mengalami keadaan yang sama seperti Fazlyn.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: mstar