Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila dia kini hamil lapan bulan.
Ezzaty memaklumkan khabar gembira tersebut menerusi hantaran terbaru dalam Instagramnya.
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini berkata, dia dan suami sudah membuat persiapan menyambut anak lelakinya di rumah baharu mereka di Puncak Alam, Selangor.
“Tahniah dan alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan bersalin nanti buat Ezzaty.
“Tak sabarnya nak tunggu anak kedua akak lahir. Lepas ni Harum (anak sulung) dah jadi kakak. Kena tolong ibu jaga adik nanti,” tulis netizen.
Berkongsi lanjut, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkata, dia turut mengalami alahan teruk pada peringkat awal kehamilan.
“Masa empat bulan pertama tu teruk juga rasa tak selesa. Tak boleh berdiri, tak boleh duduk. Tak sampai lima minit berdiri, perut rasa s4kit macam kena serang gastrik.
“Empat bulan jugalah saya mer4na. Tiap malam memang susah nak tidur dan biasa nak dekat subuh baru boleh lena,” katanya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada 16 Julai 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: IG ezzatyabdullah via sinetronmalaya