Home Petua Tips Fadzil Teh Tegur Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Sekali Rita...

Fadzil Teh Tegur Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Sekali Rita Rudaini S0und Balik

101
0

Penerbit popular, Fadzil Teh meluahkan rasa kec3wa dengan sikap segelintir pelakon tanah air yang disifatkan terlalu berkira dalam isu mempromosikan drama atau filem lakonan mereka sendiri di laman media sosial peribadi.

Menurut Fadzil atau lebih mesra disapa Haji Zil, ada juga diantara mereka yang enggan melakukan perkara sedemikian kerana bimbang ia akan menjejaskan struktur posting di laman media sosial milik mereka.

“@beingsalmankhan hari hari promo filem dia. Artis kita nak promo filem sendiri pun malaih.

“Katanya kot0q ig macam la hang tu duta projek juta juta. Kadang artis Malaysia ni bod0h ls,” tulisnya.

Luahan tersebut disuarakan oleh pemilik syarikat Zeel Production itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Malah, Haji Zil turut memuji bintang Bollywood, Salman Khan yang dilihat tidak jemu-jemu mempromosikan filem lakonannya di laman Instagram miliknya sendiri.

Katanya lagi, sekiranya barisan pelakon kerap mempromosikan filem atau drama lakonan mereka di platform media sosial peribadi, perkara tersebut tetap akan memberikan kebaikkan dan keuntungan buat mereka dikemudian hari.

“Depa tak tau if drama ke filem depa ka meletop yang dapat job banyak yang harga naik depa.

“Meluat dengan kerenah artis artis mcm ni,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan yang diberikan oleh Haji Zil selain turut berharap agar ia dapat memberi kesedaran buat pelakon-pelakon yang lain.

“Selalu promot pun tak janji yang akan meletop aji. Sebab apa? Sebab Bukan favourite station  promot setiap menet pun depa x nampak hehe”

“Jangan kan film, drama… Kami buat lagu pun artis xdak nak promo bagai… Depa lupa, lagu naik, nama depa pun naik.. Ni tidak… Perasan diva lagu bole naik sendiri tanpa promo @hj.zil”

“Bayar sikit tapi nak kita all out!” – Ada sebab artis liat promosi drama, Rita Rudaini minta penerbit tak cari salah

KADAR bayaran yang masih sama biarpun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan menjadi punca segelintir pelakon tidak ‘rajin’ untuk mempromosikan naskhah lakonan mereka di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Insta Story, pelakon Rita Rudaini, 45, berkata pihak stesen televisyen dan penerbit seharusnya mempertimbangkan kadar bayaran yang setimpal agar sama-sama dapat merasai ‘keuntungan’ daripada hasil penat lelah bersama.

“Kalau nak contohi Salman Khan boleh… tapi tengok juga berapa kadar bayaran (yang diterima) Salman Khan.

“Bayaran kita dari dulu (masih) sama sahaja. Alasan stesen TV bayar sikit, pelakon ramai.

“Tapi nak kita all out, masing-masing ada silap masing-masing… jangan tuding jari kat artis sahaja,” katanya.

Rita meluahkan pandangannya di Insta Story.

Rita menyatakan pandangannya itu sebagai respons kepada kenyataan penerbit Fadzil Teh yang berpendapat kebanyakan pelakon agak liat untuk mempromosikan drama atau filem lakonan mereka di media sosial masing-masing.

Pemilik rumah produksi Zeel Production itu turut membandingkan hal itu dengan pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan yang tidak pernah berkira untuk mempromosikan naskhah lakonannya di media sosial sendiri.

Pelakon filem Mami Jarum itu juga turut berkongsikan pengalamannya yang pernah berhadapan situasi burvk bersama sebuah syarikat produksi sebelum ini.

Bayaran kita dari dulu (masih) sama sahaja. Alasan stesen TV bayar sikit, pelakon ramai.

“Kadang-kadang bayaran pun tak deal sampai dah hari terakhir penggambaran.

“Tahu-tahu bayar ikut suka hati mereka… macam mana tu?” katanya.

Isu pelakon diminta tidak demand untuk mempromosikan drama atau filem lakonan mereka bukan satu perkara baharu.

Malah ia sering ditimbulkan beberapa penerbit lain sebelum ini yang mengeluh dengan tindakan sebilangan pelakon yang terlalu berkira kerana beranggapan perkara itu tidak termasuk dalam job scope mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.viralmy.me/

Previous articleGara-Gara Guna Nama Selebriti Untuk ‘Laku’ Kan Produk, Ejen Kosmetik Ini Di ‘S0und’ Mira Filzah
Next article“Pen4ngan Anak Kedua..” Leh3r TerkeheI Tapi Alhamdulillah, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here