Home Petua Tips Gadis akur perlu tingg4lkan kampus, 2 kali t4ngguh pengajian hanya kerana satu...

Gadis akur perlu tingg4lkan kampus, 2 kali t4ngguh pengajian hanya kerana satu ‘benj0lan tak s4kit’ – “K4nser bukan tiket m4ti’’

118
0

SETIAP insan tidak terlepas daripada menerima ujian dalam hidup.

Sama ada kecil atau besar ujian berkenaan, yang pasti ia mengajar seseorang untuk bermuhasabah, kuat dan matang dalam menempuhi kehidupan mendatang.

Begitu juga dengan wanita ini yang mana dia pernah jatuh terduduk saat diuji dengan kanser limfoma tahap 3B ketika sedang mengejar cita-cita di menara gading.

Malah, disebabkan peny4kit tersebut, wanita ini dua kali menangguhkan pengajiannya demi memberi tumpuan kepada proses rawatan terlebih dahulu.

Berkongsi kisah dengan mStar, Noor Asheeqa Aquila Ab Aziz berkata dia didi4gnosis dengan peny4kit tersebut ketika baru bergelar penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya seorang yang aktif bersukan dan tubvh saya sihat saja sebelum itu. Segala-galanya bermula ketika saya menuntut di kolej matrikulasi. Satu hari tu tiba-tiba saya tak boleh berjalan… kena dipapah.

“Disebabkan masalah kesihatan tersebut, saya perlu berulang alik ke hospital dan menangguhkan pengajian selama setahun. Ketika itu lagi dua minggu nak tamat belajar.

“Namun tempoh itu k4nser belum lagi dikesan. Ibu bapa bawa saya berurut dan dalam tempoh saya berehat seketika itu, keadaan saya beransur pulih,” ujar graduan berusia 24 tahun ini.

Senang disapa sebagai Asheeqa, gadis ini berkata dia kemudian menyambung kembali pengajian yang tertangguh di kolej matrikulasi sebelum ini.

limfoma 2

Asheeqa didiagnos menghidap kanser limfoma tahap 3B ketika baru mendaftarkan diri sebagai penuntut UKM.

“Saya kena join junior di kolej. Alhamdulillah, selepas tamat kolej matrikulasi, saya dapat tawaran sambung pengajian di UKM dalam jurusan Sains Sosial.

“Nak masuk universiti kena buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Masa tu saya beritahu doktor mengenai satu benj0lan pada leher. Saya dah perasan lama namun saya abaikan sebab tak sakit pun.

“Nak dijadikan cerita, baru dua minggu jalani hidup sebagai penuntut di UKM, saya dapat panggilan daripada hospital. Doktor minta datang sebab ia ada kena mengena dengan benj0lan tersebut. Hati berdebar sangat.

limfoma 1

Asheeqa mendedikasikan kejayaannya kepada kedua ibu bapa yang banyak berkorban dan memberikan sokongan ketika dia menjalani raw4tan sebagai pes4kit k4nser.

“Di hospital, doktor terangkan pada saya dan ibu bapa yang saya didiagnos kanser limfoma. Doktor cakap ia bukan tahap 1 atau 2… tapi nampak nak ke tahap 4. Macam nak luruh jantung ketika itu. Air mata yang ditahan meleleh juga lepas tengok ibu dan ayah sedih,” kata wanita yang berasal dari Selangor ini.

Cerita anak ketiga daripada empat beradik ini, sekali lagi dia terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana perlu menjalani raw4tan kem0terapi memandangkan k4nser limfoma yang dihadapi dikategorikan berada di tahap serius.

“Hari yang sama doktor beritahu, hari itu juga saya perlu masuk w4d untuk proceed rawatan kem0terapi pertama. Kawan-kawan langsung tak tahu pun saya sakit. Saya tak ke kampus sejak hari tersebut,” ceritanya.

K4nser bukan tiket untuk m4ti. Allah bagi rehat untuk kita refleks sebentar. Teruskan doa, ikhtiar dan tawakal.

NOOR ASHEEQA AQUILA AB AZIZ

Menurut Asheeqa, dalam tempoh ‘rehat’ tersebut, keluarga terutama ibu bapalah yang banyak berkorban untuk memastikan dirinya kembali bangkit melawan peny4kit itu.

“Mereka berkorban tenaga, masa dan lain-lain. Mereka tak henti-henti berdoa untuk saya tengah malam. Memang ketika itu emosi sangat tak stabil.

“Antara terapi saya ketika itu, banyakkan dengar selawat syifa dan bacaan ayat suci Al-Quran. Saya ulang-ulang sampai tidur. Saya banyak muhasabah. Kalau ujian sakit ni untuk hapuskan dosa, saya reda. Daripada situ saya bangkit untuk bagi keluarga happy balik.

“Selepas selesai jalani 12 pusingan kem0terapi, saya sambung balik pengajian di UKM pada pertengahan 2019. Alhamdulillah, dengan segala yang saya lalui, akhirnya berjaya sarung jubah konvokesyen dan genggam skrol pada November lalu.

“Perasaan gembira memang tak terkata. Walaupun masa peperiksaan saya alami masalah hingga lupa apa yang saya hafal. Saya syukur kerana Allah beri lebih lagi ganjaran. Selain daripada graduate dengan 1st Class, saya dapat anugerah Hadiah Buku Universiti,” katanya.

limfoma 4

Asheeqa memperoleh anugerah Hadiah Buku Universiti selain menamatkan pengajian dengan Kelas Pertama.

Sekadar mahu mengabadikan pengalaman sebagai pejuang k4nser di media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang lain, Asheeqa tidak menjangka menerima sambutan luar biasa daripada netizen.

“Tak sangka video di TikTok blow up. Ramai yang komen dan DM kongsi pengalaman dan kata-kata semangat. Benar-benar buat saya terharu. Sekarang ni saya masih jalani raw4tan susulan.

“Saya nak share pengalaman agar mereka di luar sana tak terlambat diagnos seperti saya. Selain media sosial, saya aktif libatkan diri dengan program-program fasilitator.

“Siapa pun yang sedang berdepan dengan ujian peny4kit, ingatlah kita insan ni terpilih. Kita patut rasa bersyukur sebab ujian ni luar biasa. Memang sedih tapi cari solution macam mana nak bangkit dan contribute balik.

“K4nser bukan tiket untuk mati. Allah bagi rehat untuk kita refleks sebentar. Teruskan doa, ikhtiar dan tawakal,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : sinar viral

Previous articleZul Ariffin & Ruhainies Kelih4tan Terl4lu Mesr4 Dal4m Video TikTok, Netizen Komen: “Sw3et…”
Next articleMahu ken4ng jasa jutaan rakyat Malaysia. Dengan kudr4t yang ada bapa Ainul Mardhiah ber4zam bantu m4ngsa b4njir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here