Home Petua Tips Genap 4 Tahun Kahwin, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha...

Genap 4 Tahun Kahwin, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha – “Memiliki You Hal Yang Terindah & Sempurna…”

118
0

Bersempena ulang tahun perkahwinan, pelakon Aidil Aziz ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta yang juga merupakan aktres terkenal, Fasha Sandha.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aidil memanjat rasa syukur apabila mahligai cinta yang dibina bersama Fasha kini sudah genap menjangkau 4 tahun.

Di samping mengimbau kembali foto perkahwinan, Aidil menyifatkan, memiliki Fasha sebagai isteri adalah perkara terindah.

“Happy anniversary sayang yang ke-4. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kurniaan yanb Allah berikan pada i. Memiliki you adalah hal yang terindah & sempurna dalam hidup,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berharap agar rumah tangganya bahagia harmoni dan mendapat rahmat Yang Maha Esa.

“Semoga Allah terus tambahkan lagi rezeki kebahagiaan & cahaya mata pada kita di masa kini & mendatang.

“Terima kasih untuk segalanya isteriku @fashasandha. Semoga Allah sentiasa merahm4tihubungan kita sampai ke syurga.Aamin,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz)

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira, 2 tahun.

Komen Netizen:

Foto: Instagram Fasha Sandha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous articleApa jadi sebenarnya? Belum nikah tapi majlis tetap diteruskan… pengantin perempuan dapat tengok gambar je, tambah ris4u seminggu pelamin berhujan pan4s!
Next article“Saya Kira Kem1skinan Orang Jangan Dibu4t Mainan Atau Gur4uan,” – Penting J4ga Bah4sa & Ad4b, Resp0n P4du Fedtri Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here