Pasangan personaliti media sosial, Maryam dan Ryzal atau turut popular dengan panggilan Durian Kimchi merupakan antara nama yang cukup popular di media sosial.
Telatah Maryam dari Korea yang semakin hari pandai berbicara dalam bahasa Melayu membuatkan dia disenangi wargamaya sehingga bukan sahaja popular di media sosial malah di kaca televisyen juga dia dan suami mewarnai hari peminat.
Pun begitu, buat yang mengikuti perkembangan Maryam dan Ryzal pasti tahu bahawa pasangan ini bakal menimang anak pertama mereka dan telah mengumumkan hal itu kepada umum baru-baru ini.
Ternyata berita gembira yang dikongsikan pasangan yang sering menghiburkan wargamaya ini membuatkan rata-ratanya gembira dan tidak sabar untuk melihat kecomelan ‘junior’ Maryam dan Ryzal.
Baru-baru ini pula, Maryam ada berkongsikan perkembangan anak pertamanya itu yang sudah memasuki 17 minggu namun dia yang jarang tidak membuatkan wargamaya terhibur, gelak besar pula membaca kapsyennya.
“Saya mengandung dah 17 minggu. Anak saya tak nak kongsi gender, dia hiding so doktor tak boleh tengok. Kena tunggu satu bulan lagi. Memang berdegil macam ayah. Adoiii.” Tulisnya.
View this post on Instagram
Kapsyennya itu pula mengundang wargamaya meninggalkan reaksi mereka diruangan komen dengan reaksi terhibur dan tidak sabar untuk melihat kecomelan anak pasangan ini.
“Berdegil…”
“Nasib baik berdegil…”
Cantiknya Maryam. Take care”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.keramatviral.com/