Home Petua Tips Hampir 50 hari tanpa berita, wanita hilang punca fikirkan nasib adik hid4p...

Hampir 50 hari tanpa berita, wanita hilang punca fikirkan nasib adik hid4p skiz0frenia selepas ke ladang kelapa sawit… ris4u j4tuh ke tangan orang tak baik

122
0

Penantian satu peny3ksaan.

Itulah yang dapat digambarkan situasi wanita ini dan keluarganya yang saban hari menunggu kepulangan adik lelakinya.

Menurut Wan Mahani Wan Ismail, adik lelakinya Wan Mohd Hadi, 41, keluar dari rumah bapanya di Alam Impian, Shah Alam pada 26 Januari lalu dan tidak pulang sehingga hari ini.

Hampir 50 hari tanpa khabar berita mahupun sebarang petunjuk, wanita ini berkata apa yang membimbangkan mereka sekeluarga adalah keadaan kesihatan adik lelakinya kerana dia perlu mengambil ubat secara berterusan ekoran mengh1dap skiz0frenia.

Memperincikan semula detik sebelum Wan Mohd Hadi hilang, Wan Mahani berkata adik lelakinya itu keluar rumah sekitar pvkul2.30 pagi ketika bapa dan seorang lagi adik perempuannya sedang tidur.

“Dia keluar sehelai sepinggang dan hanya membawa beg sandang berwarna merah. Kad pengenalan dan dompetnya tak bawa… ada di rumah. Pengawal keselamatan beritahu nampak dia keluar dan maklumkan kepada kami.

adik 2

Wan Mohd Hadi kali terakhir dilihat pada 26 Januari lalu.

“Info mengatakan kali terakhir dia berada di kawasan ladang kelapa sawit di Sungai Kandis.

“Tiga hari dia tak pulang, kami buat laporan polis. Namun sehingga kini usaha pencarian seperti tiada perkembangan sebab tak ada petunjuk. Telefon bimbitnya juga dah tak boleh dihubungi, itu yang makin sulit,” ujar wanita berusia 45 tahun ini.

Menurut Wan Mahani, mereka sekeluarga tidak mampu untuk ‘goyang kaki’ dan hanya menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak polis semata-mata.

Justeru, dia dan keluarganya melakukan pelbagai cara sebagai ikhtiar untuk menemukan semula Wan Mohd Hadi.

Kami sendiri tak senang duduk sebab adik sendiri tak tahu khabar beritanya apatah lagi Ramadan hampir tiba.

WAN MAHANI

KAKAK

“Kami buat poster untuk war-warkan kehilangannya, buat hebahan di media sosial. Dalam pada itu, ada juga sumber mengatakan adik ketika ini dekat sempadan Johor Melaka.

“Mungkin kerana adik sendiri tak boleh terangkan memandangkan keadaan kesihatan ment4lnya, malah dia juga tiada sebarang dokumen pengenalan… sebab itu orang tak tahu bagaimana nak menghubungi kami,” ujarnya yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Menurut Wan Mahani lagi, mereka adik beradik juga sudah puas mencari di lokasi berhampiran serta kawasan yang sering dikunjungi adiknya, selain membuat carian di h0spital serta masjid-masjid yang berdekatan, namun hampa.

“Inilah kali pertama kami tak dapat hubungi dia… lost contact terus. Kami ris4u dengan keselamatan dan kesihatannya. Kami risau dia j4tuh ke tangan orang yang tak baik.

“Sudah hampir 50 hari tak dengar apa-apa berita, ayah adalah orang yang paling ris4u sebab rindukan anak keempatnya itu.

poster

Poster yang dibuat untuk mengwar-warkan kehilangan Wan Mohd Hadi.

“Setiap hari bangun tidur dia akan tanya mengenai berita pasal adik. Kami tak tahu nak beri jawapan apa. Kami minta dia jangan ris4u sebab kami akan usaha cari.

“Kami sendiri tak senang duduk sebab adik sendiri tak tahu khabar beritanya apatah lagi Ramadan hampir tiba,” ujarnya lagi sambil menambah, adiknya masih bujang.

Sehubungan dengan itu, Wan Mahani memohon jasa baik orang awam untuk membantu keluarganya mengesan adik lelakinya itu.

“Kami berharap bila berita ini viral, ada pihak buka mata dan tergerak hati nak hantar dia… hantar dekat balai polis pun ok dah.

“Buat masa ini, selain ikhtiar-ikhtiar yang lain, kami hanya mampu berdoa dan melakukan solat hajat. Tiada apa yang kami harapkan melainkan berlaku keajaiban tidak lama lagi,” akhirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleTerlalu minat berniaga sejak kecil, bekas pramugari t4war servis facial RM1… kini bergelar usahawan, rangkul 3 anugerah berprestij
Next articleMulanya tak rancang, Reen Rahim terbuka hati saat akhir ikut ibu bapa tunai umrah… Doa dapat beri keluarga hidup senang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here