Home Petua Tips COVID-19: Malaysia catat 1 kem4tian hari ini tapi mempunyai latar belakang yg...

COVID-19: Malaysia catat 1 kem4tian hari ini tapi mempunyai latar belakang yg jarang disebut olh KP

257
0

PUTRAJAYA: Satu lagi kem4tian akibat wbak C0VID-19 di negara ini dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 103, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kem4tian itu melibatkan kes 5541, iaitu seorang lelaki warga negara Malaysia berusia 66 tahun, dan mempunyai latar belakang penyakit b4rah.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif C0VID-19 (iaitu kes ke-4818). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April 2020 dan disahkan meningg4l dunia pada 30 April 2020 jam 4.00 petang.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, terdapat pertambahan 69 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jumlah kes positif C0VID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,071 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan C0VID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan bahawa daripada 69 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 12 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 57 kes,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata, 37 kes positif C0VID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 14 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber astroawani

Previous articleNampaknya Ada Kelonggaran Dah Dalam PKP? Sekali Faizal Tahir Masuk Campur
Next articleJgn Enjoy Sangat, Ini 23 Benda Yg Tak Boleh Buat Dan Kena Patuhi Sepanjang PKPB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here