Home Petua Tips Anak Sedih Lihat Bapa Menahan Sakit Setiap Hari.”Menurut Pakar Sakit Abah Tdk...

Anak Sedih Lihat Bapa Menahan Sakit Setiap Hari.”Menurut Pakar Sakit Abah Tdk Blh Dirawat” – Anak

169
0

“Abah sudah lama ada penyakit itu tetapi dulu tidak teruk dan masih boleh berjalan lagi.” Antara luahan anak setelah

bapa mereka mengalami sakit kulit yang agak tervk.

Hati anak mana tidak sedih apabila melihat bapa yang dulunya sihat, kini terlantar di wad akibat

penyakit kulit, psoriasis.

Siti Nabilah Mohd Izani, 27, berkata, lebih menyedihkan apabila penyakit bapanya, Mohd Izani Mustafa, 59, kini

semakin serius dan hampir menyebabkan masalah pada buah pinggang.

Kisah Mohd Izani yang menetap di Kampung Batang Gergaji Apal, Besut, Terengganu mendapat perhatian warganet

selepas anak kelimanya, Muhammad Najmi, 21, berkongsi luahan selain mengharapkan ada pakar kulit dapat

merawat bapanya menerusi ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Siti Nabilah berkata, bapanya sudah menghidap penyakit itu sejak 30 tahun lalu namun keadaannya masih terkawal sebelum ini.

“Namun, keadaannya tiba-tiba menjadi teruk ini apabila kulitnya menjadi kemerahan dan menggelupas manakala

tangan serta kaki tidak dapat bergerak hingga memaksanya dimasukkan ke Hospital Besut pada 6 Februari lalu bagi

mendapatkan rawatan.

“Menurut pakar, penyakit abah tidak boleh dirawat dan dia kini bertahan dengan ubat dalam dos yang tinggi tetapi ia

sedikit sebanyak memberi kesan kepada buah pinggangnya,” katanya

 

GAMBAR kenangan Mohd Izani bersama keluarga. FOTO Ihsan Keluarga

Siti Nabilah berkata, buat masa ini, ibunya, Sharifah Radiah Mat Ali, 54, yang menemani dan menguruskan bapanya di hospital.

Menurutnya, bapanya masih boleh mandi dan bersentuhan dengan air cuma dalam suhu yang tidak terlalu panas atau sejuk.

“Abah juga tidak boleh terdedah dengan cuaca panas atau berada dalam tempat terlalu sejuk.

“Menurut ibu, masalah kulit abah agak serius kerana keluar lendir daripada liang romanya.

“Kami sekeluarga amat sedih melihat keadaan abah kerana dia dulunya seorang yang suka bergurau dan ceria tapi kini terpaksa menahan sakit setiap hari,” katanya.

Siti Nabilah berkata, dia sekeluarga ada perancangan untuk berikhtiar dengan cara lain iaitu membawa bapanya ke pusat perubatan swasta seandainya keadaan jadi bertambah serius.

“Namun, masalah kami adalah kewangan untuk rawatan jangka masa panjang kerana kos perubatan di situ (hospital swasta) tentunya tinggi.

“Jadi, kami amat berbesar hati jika ada individu yang sudi menawarkan bantuan daripada segi wang ringgit,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Siti Nabilah di talian 019-985 8671 atau menyalurkan bantuan ke akaun Maybank, Mohd Izani Mustafa, 153010366126.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber : hmetro

Previous articleSudah Lama Ta Mkn Besar Dan Tiada Smbutan Thn Baru Cina.Sekali UEL Dtg Hdiahkan MyVi Pd Kelurga Cina Ini.Rupanya Ada Sebab
Next articleBila Je Umum Mansuh Syarat i-Sinar. Sekali Ini Respon Padu Najib Sampai Raih 7k Komen Dlm Masa Sejam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here